Monday 21 July 2014

PAS Sarawak akan 'jual' hudud sepertimana PAS Pusat 'jual' Negara Islam

Menyentuh dengan desakan DAP Sarawak agar PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai perlaksanaan hudud di Sarawak, saya tidak menjangka sebarang tentangan hebat daripada PAS Sarawak maupun ahli-ahlinya terhadap ugutan DAP Sarawak akan keluar daripada Pakatan Rakyat diperingkat negeri Sarawak sekiranya PAS Sarawak berdegil untuk melaksanakan hudud di Sarawak.

Semua sedia maklum, agama Islam hanyalah komoditi politik parti PAS yang kononnya dipimpin oleh ulamak-ulamak (yang tidak segan silu menolak Negara Islam semata-mata kemaruk berkuasa).

Atas sebab ini, saya menjangka PAS Sarawak akan menolak hudud memandangkan kuasa politik lebih penting daripada perjuangan untuk menegakkan hudud ala-PAS.

Bagi Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), kuasa adalah segala-galanya.

Negara Islam sudah dibuang. Maka sekarang giliran hudud.

Selepas ini, apa lagi yang hendak dibuang?

Perkataan Islam dalam PAS?

Oleh itu, kita janganlah tertipu dengan dakwaan-dakwaan PAS bahawa ia berjuang atas landasan agama Islam.

Sekiranya benar Islam diperjuangkan, PAS tidak akan menolak Negara Islam setelah sekian lama memperjuangkannya.

Pandi Suhaili
Bekas Naib Ketua Pemuda PBB

1 comment:

  1. PAS hanya menumpang ehsan PR utk hidup (lebih2 lagi di Sarawak).Sokongan rakyat Swak (lebih2 lagi pengundi2 Melayu) terhadap PAS amatlah sikit sekali.Hilang deposit jadinya.

    Maka PBB jangan buang masa dgn kerenah PAS.PAS has no support in Swak.

    ReplyDelete