Friday 29 April 2016

Undi BN sebagai tanda terimakasih

Orang berbudi, kita berbahasa
Orang memberi, kita merasa

Saya merasakan tidak keterlaluan jika undi kepada Barisan Nasional Sarawak dalam pilihanraya negeri ini dilihat sebagai expresi rasa berterimakasih kepada kerajaan Barisan Nasional Sarawak.

Akan pasti ada suara-suara yang lantang berkata sudah menjadi tanggungjawab  kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat.

Oleh itu, hujah mereka lagi, Barisan Nasional Sarawak tidak perlu diucapkan terimakasih.

Hujah tersebut menafikan hakikat bahawa mana-mana kerajaan didunia ini mempunyai pilihan sama ada hendak menjadi sebuah kerajaan yang bertangungjawab ataupun tidak.


Tidak salah untuk rakyat menzahirkan rasa berterimakasih kepada Barisan Nasional Sarawak dengan undi-undi mereka kepada Barisan Nasional Sarawak dalam pilihanraya negeri kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan baik ketika memegang tampuk kerajaan Sarawak.

Sekiranya benar bahawa kita tidak perlu mengucapkan terimakasih atas sebab ianya adalah tanggungjawab, mengapa perlu kita ucap terimakasih kepada ibubapa kita?!

Kerana sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk membesarkan kita!

Tepuk dada, tanyalah selera anda semua.

Marilah kita semua undi Barisan Nasional Sarawak sebagai tanda berterimakasih diatas komitmen melaksanakan tanggungjawab ketika memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Sarawak.

Orang berbudi, kita berbahasa
Orang memberi, kita merasa

Terimakasih Barisan Nasional Sarawak.

No comments:

Post a Comment