Friday 27 May 2016

Politik agama PAS menjengkelkan rakyat Sarawak

Pembentangan Rang Undang-Undang Persendirian berkaitan hudud dalam Parlimen baru-baru ini mengingatkan saya dengan peperangan dalam sejarah Islam yang diriwayatkan mushaf-mushaf al-Quran diikat dihujung tombak demi mencapai objektif yang dikehendaki.

Mungkin atas sebab hendak memenangi hati pengundi Muslim dalam pilihanraya kecil yang akan datang, PAS mengambil keputusan untuk membentangkan RUU hudud dalam Parlimen.

Entah sampai bila PAS akan memperdagangkan agama Islam?!

Memang menjadi kewajipan orang Islam untuk menyetujui perlaksanaan hukum hudud.

Namun begitu, bila dan bagaimana hukum tersebut hendak dilaksanakan, ia menjadi persoalan dalam umat Islam sejak dari dulu sehingga sekarang.


Persoalan-persoalan ini turut menghantui umat Islam di Malaysia.

Tindakan PAS yang mempolitikkan hukum hudud amat menyedihkan.

Bahkan perjuangan menegakkan hukum hudud bukan hak mutlak PAS kerana ia membabitkan semua Muslim tapa mengira pegangan politik.

PAS telah memalukan seluruh umat Islam apabila ia memperalatkan hukum hudud untuk meraih sokongan pengundi Muslim.

Rakyat Sarawak mesti bijak menangani kegelojohan PAS dalam mendapatkan undi.

PAS bukannya parti yang diamanahkan oleh semua penganut Islam di Malaysia untuk memperjuangkan hukum hudud.

Hanya para penyokong PAS sahaja yang menyetujui hukum hudud ala-PAS.

Bahkan pembentangan RUU tersebut bukannya berkisar tentang kesahihan hukum hudud tetapi berkisar tentang perlaksanaan.

Dan ini membawa makna, sokongan umat Islam terhadap RUU tersebut bukan merupakan suatu yang bersifat automatik.

Oleh itu, penganut bukan Islam di Sarawak tidak harus terlampau beremosi ketika memperkatakan tentang tindakan PAS membentang RUU.

Bahkan rakyat Sarawak patut menggunakan peluang ini untuk menunjukkan bahawa kita lebih matang berpolitik berbanding dengan orang Malaya dan pengikut-pengikut mereka yang berada di Bumi Kenyalang ini.

Kematangan ini digambarkan dengan reaksi yang tenang dan tidak beremosi.

Sepatutnya kita tolak parti-parti malaya dalam pilihanraya yang lepas bagi tujuan mengelakkan politik ekstrim Malaya dibawa ke sini.

Parti-parti Sarawak telah memenangi 72 kerusi. Tapi ini tidak mencukupi.

Dalam pilihanraya yang akan datang, kita patut nyahkan parti Malaya dari muka bumi Sarawak!!!

1 comment:

  1. termasuk DAP dan PKR dinyah dari Bumi Kenyalang? PBB akan kukuh jika PBB bertambah kerusi kemasukan ex-Teras dan ex-UPP.Maknanya seluruh Bumiputra Bumi Kenyalang duduk bawah satu bumbung yang kuat di bawah PBB.Sebab itu PBB diwujudkan sejak PBB di lahirkan di Bumi Kenyalang.Apabila PBB kuat dan kukuh inilah masa nya kaum peribumi anak2 Bumi Kenyalang merapatkan barisan dalam ekonomi dan politik negeri Sarawak.Mahu Bumiputra majulah Sarawak.Janganlah lagi menjadi penumpang2 jadilah drebar2.

    ReplyDelete