Friday 29 July 2016

TAHNIAH YB Abdullah Saidol dan rakan-rakan


Keputusan untuk mengekalkan YB Abdullah Saidol sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak merupakan satu keputusan yang tepat sekali.

Pada pandangan saya, YB Abdullah Saidol telah berjaya memikul tanggungjawab tersebut sejak hari pertama perlantikkannya.

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak pembangkang berjaya ditanganinya dengan bijak.

Atas sebab itu perlantikkan semula beliau sebagai Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak tidak memeranjatkan saya.

Bahkan perlantikkan semula beliau adalah suatu perkara yang dijangkakan.
Tahniah YB Abdullah Saidol!!!

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menyatakan rasa gembira dan bangga saya diatas perlantikkan semula muka-muka lama dan perlantikan muka-muka baru sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak.

Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah membuat keputusan yang baik dengan mengekalkan muka-muka lama dan melantik muka-muka baru.

Satu kombinasi yang baik dan ampuh.

Saya percaya semua mereka mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada Ketua Menteri Sarawak, khususnya, dan Barisan Nasional Sarawaki, amnya.

Tahniah kepada semua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak!!!
 

No comments:

Post a Comment