Tuesday 23 August 2016

Mungkin MTUC Sarawak perlu kepimpinan baru?

Saya mungkin boleh menerima pandangan pucuk kepimpinan MTUC nasional yang tidak bersetuju dengan gesaan rakyat Sarawak agar Petronas memberi keutamaan kepada rakyat Sarawak dalam aspek pekerjaan.

Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan tersebut.

Walau bagaimanapun saya tidak boleh menerima pandangan pucuk kepimpinan MTUC peringkat negeri Sarawak yang tidak bersetuju.

Saya berpendapat mungkin MTUC Sarawak perlu mendapatkan barisan kepimpinan yang sentiasa berpendirian memberi keutamaan kepada anak tempatan dalam aspek pekerjaan di negeri Sarawak.

Kepimpinan sedia ada telah menunjuk kedangkalan dalam hal  gesaan agar keutamaan diberikan kepada rakyat Sarawak untuk pekerjaan di Petronas.

Rakyat Sarawak tidak pernah menggesa agar pekerjaan diberikan kepada rakyat Sarawak tanpa mengira samada layak ataupun tidak dari segi kemahiran ataupun pengalaman.

Rakyat Sarawak hanya mahu pekerjaan diberikan kepada rakyat Sarawak sekiranya mereka layak - dan jika tidak layak, barulah pekerjaan tersebut ditawarkan kepada bukan anak Sarawak.

Adakah hal yang mudah ini sukar difahami oleh pucuk kepimpinan MTUC Sarawak yang sedia ada?

Mungkin MTUC Sarawak perlu kepimpinan baru yang sentiasa memberi keutamaan kepada anak-anak Sarawak.

No comments:

Post a Comment