Saturday 27 August 2016

Tahniah Anak Sarawak! Terimakasih Petronas!


Saya terasa teruja dengan kejayaan Kerajaan Barisan Nasional Sarawak mendapatkan persetujuan PETRONAS dalam aspek pekerjaan di syarikat minyak dan gas tersebut.

Ini disebabkan persetujuan yang telah dicapai melangkaui jangkaan peribadi saya.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anak-anak Sarawak, amnya, dan Kerajaan Barisan Nasional, khasnya, diatas kejayaan ini.

Kerajaan Barisan Nasional Sarawak di bawah kepimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah menunjukkan kebijaksanaan dalam menangani isu pekerjaan untuk anak-anak Sarawak dalam syarikat minyak dan gas tersebut.

Saya juga ingin mengucapkan terimakasih kepada PETRONAS diatas persetujuan yang telah dicapai dengan Kerajaan Negeri Sarawak.

Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem telah menunjukkan kemampuannya untuk mendapatkan hasil yang baik untuk anak-anak Sarawak dalam perundingan dengan PETRONAS.

Saya percaya Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem, dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi diberikan oleh rakyat Sarawak, mampu untuk mendapatkan hasil perundingan yang baik untuk isu royalti minyak.

Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada anak-anak Sarawak !!!

Dan terimakasih kepada PETRONAS !!!
  

No comments:

Post a Comment