Wednesday 28 September 2016

Zahid buktikan bahasa Inggeris penting untuk Malaysia

Keputusan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam bahasa Inggeris patut dipuji.

Ia menunjukkan bahawa pengikhtirafan daripada pemimpin nombor dua negara keatas kepentingan Bahasa Inggeris.

Beliau boleh menggunakan Bahasa Malaysia sekiranya beliau mahu - tetapi beliau mengambil keputusan untuk menggunakan Bahasa Inggeris.

Secara tidak langsung, keputusan ini selari dengan keputusan Kerajaan Sarawak untuk menjadikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi kedua di Sarawak.

Terimakasih Datuk Sri Ahmad Zahid Hamidi.

Menyentuh mengenai ucapan beliau yang dikatakan sebagai tidak menepati garis panduan standard Bahasa Inggeris, secara peribadi saya merasakan ia adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya menjadi isu.

Bahasa Inggeris ialah bahasa dunia.

Ia mampu bertahan menjadi bahasa dunia untuk tempoh yang lama disebabkan ia bersifat dinamik.

Atas sebab itu, secara amnya, sebutan untuk sesuatu perkataan berbeza mengikut tempat ataupun individu.

Yang penting ialah pihak yang mendengar pertuturan mampu memahami apa yang dipertuturkan.

Saya beranggapan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melakukan kesilapan dalam ucapannya disebabkan beliau merasa gugup.

Ataupun pada ketika itu, beliau sedang memikirkan sesuatu.

Mustahil untuk seorang pemimpin seperti beliau untuk tidak melakukan latihan sebelum membuat ucapan di PBB.

Oleh itu, marilah kita bersangka baik keatas apa yang berlaku.

Sekali lagi, saya mengucapkan terimakasih kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diatas ucapan beliau dalam Bahasa Inggeris. (klik disini)

English is currently THE world language - and we have to embrace it whether we like or not.

No comments:

Post a Comment