Monday 16 January 2017

Abang Jo perlukan sokongan kita semua!


Ketua Menteri yang baru Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg mesti diberi ruang dan peluang untuk mencerminkan kepimpinannya dalam mentadbir Sarawak - sepertimana yang diberikan kepada Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem.

Ini adalah untuk berlaku adil kepada Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg.

Tiada pemimpin yang mahu berada dalam bayang-bayang pemimpin yang terdahulu.

Bahkan tiada anak-anak yang mahu berada dalam bayang-bayang si ibu ataupun si ayah.

Semua mahu berdiri diatas kaki sendiri dan dilihat berasingan daripada pemimpin terdahulu atau ibu atau ayah.


Saya percaya Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg mampu melakarkan kecemerlangan dalam kepimpinan dengan menggunakan acuan kepimpinannya sendiri.

Beliau bukannya orang baru dalam politik - bahkan telah memegang kementerian-kementerian yang penting sebelum ini.

Pada masa yang sama, barisan kepimpinan yang berkhidmat dibawah Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem masih lagi bersama-sama beliau.

Marilah kita sama-sama memberi sokongan yang kuat kepada kepimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Openg untuk membantu beliau melakar satu lagi era kepimpinan yang cemerlang untuk Sarawak.

No comments:

Post a Comment