Tuesday 8 August 2017

Tindakan bijak Abg Joe tubuh Petros

Sarawak dibawah kepimpinan Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah banyak membuka lembaran baru dalam aspek pembangunan.

Diantara usaha pembangunan yang signifikan kepada rakyat Sarawak ialah penubuhan syarikat minyak dan gali Petroleum Sarawak (Petros).

Tahniah Abang Joe!!!


Rata-rata rakyat Sarawak berbangga dan menaruh harapan dengan Petros yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.


Sudah lama Kerajaan Sarawak asyik menagih simpati daripada Petronas dan Kerajaan Pusat untuk mendapatkan imbuhan yang banyak daripada hasil minyak Sarawak.

Malangnya sehingga sekarang Sarawak belum lagi mendapat royalti minyak sebanyak 20 peratus walaupun diwar-warkan bahawa Kerajaan Pusat memberi reaksi yang positif terhadap permintaan Sarawak.

Sarawak telah lama bersabar dan menunggu seolah-olah menjadi pengemis dinegeri sendiri.

Maka telah tiba masanya Burung Kenyalang dari bumi yang bertuah ini terbang tinggi untuk mengambil semula hak-haknya yang telah sekian lama terhakis.

Rakyat Sarawak amat mengharap Petros akan mampu menjana pendapatan yang lumayan yang akan memberi faedah kepada semua.

Tetapi ini bukan bermakna Sarawak harus melupakan tuntutan 20 peratus royalti minyak!!!

Kerana ia adalah hak kita - hak anak Sarawak!

Petros dan royalti minyak adalah dua perkara yang berbeza yang tidak ada kaitan langsung - walaupun kedua-duanya membabitkan isu minyak!!!

Janganlah disebabkan Kerajaan Pusat bersetuju untuk membenarkan Sarawak memiliki syarikat minyak dan gali, maka royalti minyak mesti dikorbankan!!!

Hak anak-anak Sarawak mesti dipertahankan!!!

No comments:

Post a Comment