Saturday 4 May 2013

Undilah dengan minda yang tenang dan rasional -Pandi


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04 Mei  2013

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menyeru rakyat Sarawak bersikap rasional dalam memilih parti yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun.

Buat masa ini, diakui bahawa emosi sebilangan kecil pengundi terlalu tinggi akibat dari hasutan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Malangnya hasutan-hasutan tersebut tanpa didokong oleh fakta-fakta yang kukuh.

Hanya didokong oleh andaian-andaian gila yang tidak masuk akal.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat Sarawak akan mengundi kerajaan baru berdasarkan kepada 'track record' yang bersifat jangka masa panjang; dan bukannya termakan hasutan janji-janji yang bersifat populis yang tidak masuk akal.

Rakyat Sarawak tidak mampu untuk meneruskan kehidupan selama 5 tahun dengan menaruh harapan pihak pembangkang akan menunaikan janji-janji mereka.

Ianya amat berisiko tinggi.

Kita perlukan kesinambungan yang mampu membantu rakyat Sarawak mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui usaha-usaha murni menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihanraya.

Hanya Barisan Nasional mampu untuk menunaikan janji-janji.

Ini bukan satu dakwaan yang tidak berasas kerana semua sedia maklum bahawa negeri-negeri yang sebelum ini dibawah pembangkang mengalami masalah disebabkan kegagalan untuk menunaikan janji-janji mereka.

Adakah kita rakyat Sarawak mahu perkara yang sama berlaku keatas kita semua?

Tepuk dada, tanyalah selera.

Jawapannya sudah pasti: UNDI Barisan Nasional!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................