Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts
Showing posts with label Lim Kit Siang. Show all posts

Wednesday, 16 July 2014

"DAP Sarawak wants Lim Kit Siang to remove son as Penang CM" ?

Sepatutnya artikel yang dipaparkan di The Malaysian Insider mempunyai tajuk yang dinyatakan diatas; dan bukannya "DAP wants Jabu to remove son from Sesco board".

Dan didalam artikel "DAP Sarawak wants Lim Kit Siang to remove son as Penang CM" tersebut, YB Chong Chieng Jen sepatutnya bertanya: “Was Guan Eng appointed because he is the son of Lim Kit Siang, the iron-fist leader of DAP?"

Sekiranya YB Chong berhujah Guan Eng layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan atas sebab dia anak Lim Kit Siang, saya juga ingin  menegaskan disini Gerald Rentap layak untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Sesco bukan atas sebab dia anak Tan Sri Alfred Jabu.

YB Chong sepatutnya melihat perlantikkan Gerald Rentap dari perspektif yang lebih luas - iaitu dari sudut sumbangan Timbalan Ketua Pemuda PBB kepada Sesco.

Setelah berada bersama-sama Gerald Rentap didalam sayap Pemuda PBB selama 9 tahun, saya amat yakin diatas kemampuan anak Tan Sri Alfred Jabu untuk berdiri diatas kemampuannya sendiri dan bukannya seperti Lim Guan Eng yang terpaksa sepanjang masa bergantung dengan 'kuasa' ayahnya atas sebab 'merampas' kerusi KM Pulau Pinang daripada orang Pulau Pinang.

Saya bangga dengan perlantikkan Gerald Rentap sebagai ahli Lembaga Pengarah Sesco dan yakin Sesco akan mendapat manfaat dari perlantikkannya.

Monday, 10 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 10hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
10hb September 2012
(merujuk kepada ''  Kit Siang: Najib akan pastikan Taib letak jawatan?  " - Malaysiakini)

Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah memperkatakan sesuatu fakta yang benar apabila beliau berkata "pertukaran kepimpinan tidak dilakukan dengan tergesa-gesa untuk membolehkan keamanan dan kestabilan dikekalkan selari dengan kehendak rakyat" (Leadership change is not done in haste so as to allow for maintenance of peace and stability in line with the people’s needs - The Borneo Post  ).

Keengganan pemimpin DAP Lim Kit Siang mengakui hakikat ini secara terbuka menunjukkan beliau, seperti mana pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang yang lain, kemaruk kuasa dan sanggup melakukan apa jua untuk memastikan mereka mendapat kuasa, termasuk cuba melaga-lagakan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah menunjukkan kepimpinan yang bertanggungjawab dengan menyatakan dengan jelas betapa pentingnya keamanan dan kestabilan perlu dikekalkan apabila berlakunya pertukaran kepimpinan; dan atas sebab itu ianya hendaklah dilakukan dengan secara tidak tergesa-gesa.

Ternyata pakatan pembangkang berkeinginan agar Sarawak atau mana-mana negeri di Malaysia tidak aman dan stabil untuk membolehkan mereka merampas kuasa.

Mereka tidak memperdulikan kesan negatif ke atas rakyat kerana yang penting untuk mereka ialah untuk berkuasa.

Bagi mereka, kuasa lebih penting dari keamanan dan kestabilan untuk rakyat; dan bukan sebaliknya.

Tolak pakatan pembangkang yang kemaruk kuasa !!!

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................