Showing posts with label Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah. Show all posts
Showing posts with label Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah. Show all posts

Thursday, 20 June 2013

Program Bantuan Mangsa Kebakaran Sibu

 PERHATIAN!

Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah menyeru semua pihak - ahli-ahli PBB, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak, Pergerakkan Wanita PBB Sarawak dan rakyat Sarawak - agar dapat bersama-sama membantu meringankan bebanan mangsa kebakaran di Kampung Dato and Kampung Hilir di Sibu yang membabitkan hampir 700 mangsa.


Apa jua sumbangan boleh disalurkan ke Pusat Khidmat DUN Nangka.

Sekiranya terdapat sebarang  pertanyaan, wakil Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah, Encik Hassan Hasbee boleh dihubungi di 019 888 8673.

Sekian. Terimakasih.

Monday, 8 April 2013

PRU13: Pemuda Gelombang Biru kawasan tengah siap sedia hadapi PRU13

Posted on April 7, 2013, Sunday


SIBU: Pemuda Gelombang Biru (PGB) khususnya di kawasan tengah Sarawak telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Setiausaha PGB Wilayah Tengah, Mohd Junaidi Sambang berkata mereka hanya menunggu jentera pilihan raya digerakkan oleh pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN).

“Kita hanya menunggu suis dipetik bagi menggerakkan semua Pemuda Gelobang Biru dalam membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya ini,” katanya di sini semalam.

Menurut Junaidi, mereka juga bersedia menghadapi ancaman pihak luar yang membawa budaya samseng bagi mencemari PRU13 di Bumi Kenyalang ini.

Dari sudut keselamatan, PGB juga menyusun beberapa strategi serta menempatkan ahli-ahli untuk bersedia setiap masa jika ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.


Saturday, 23 March 2013

Pemuda PBB Wilayah Tengah sokong penuh kenyataan Pandi

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Wilayah Tengah 23hb Mac 2013

Hassan Tahir Hasbee
Barisan Pemuda Wilayah Tengah bersetuju dengan kecaman yang dibuat oleh Naib Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili ke atas Global Witness.

Bahkan kami berpendapat kecam tersebut amat bertepatan dengan pendirian kami yang selama ini enggan melihat mana-mana pihak cuba mengotorkan pandangan masyarakat terhadap Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan kepimpinannya.

Global Witness, dan juga NGO-NGO Barat yang lain, hanya mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu untuk menjatuhkan Pehin Sri bagi mencapai tujuan jahat mereka yang inginkan negeri Sarawak terjerumus dalam lembah kekacauan politik dan ekonomi.

Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang tindakan dikenakan keatas mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha untuk memburuk-burukkan Pehin Sri agar semua pihak mengambil tindakan ini sebagai satu pengajaran kepada semua.

Saturday, 15 September 2012

Hampir 200 pemuda PBB sertai Pandi buat laporan polis keatas Md Yusri di Balai Polis Sibu Jaya

September 15, 2012



SIBU: Hampir 200 ahli Pemuda PBB dari 23 cawangan PBB di Wilayah Tengah telah menemani Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili untuk membuat laporan polis keatas ahli panel TV1 Bicara Kampus Md Yusri di Balai Polis Sibu Jaya hari ini.

Menurut Pandi, laporan polis dibuat untuk memastikan bahawa keharmonian di negara tidak dicemari oleh unsur-unsur negatif seperti kenyataan yang telah dibuat oleh Md Yusri yang menyinggung perasaan rakyat Sarawak.

"Perlu diingatkan disini bahawa generasi muda perlu mengetahui sejarah penubuhan Malaysia dan tidak memandang ringan keatas keperluan untuk memastikan kerharmonian yang sekian lama wujud dikalangan rakyat Malaysia hendaklah sentiasa dikekalkan pada setiap ketika," ujar beliau.

Tuesday, 4 September 2012

Program Kembara 4WD Pemuda PBB Zon Tengah


Bermula esok (5 ogos 2012) hampir 90 orang pemuda zon PBB/BN tengah akan mengadakan kembara 4wd ke Belaga dan Sg. Asap. 

Program ini diketuai Naib Ketua Pemuda PBB/BN Sarawak Saudara Pandi Suhaili.


Sila klik disini untuk maklumat lanjut.

Monday, 3 September 2012

Politik pembangunan beri fokus kepada pembangunan, satukan masyarakat berbilang kaum

Utusan Borneo
Posted on September 3, 2012, Monday



KAPIT: Politik pembangunan yang diperkenalkan oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sejak lebih 20 tahun lalu sebenarnya memberi fokus kepada semua bidang pembangunan dan mahu menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negeri ini.

Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol berkata, politik pembangunan itu selain memberi keutamaan kepada pembangunan turut memberi tumpuan kepada pembangunan pelajaran, budaya dan mempercepatkan penyatuan rakyat untuk terus maju.

“Begitu juga dengan harapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan budaya baharu dalam pentadbiran politik negara,” ujarnya semasa berucap pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Komuniti Kampung Baru di sini, malam kelmarin.

Sunday, 12 August 2012

Majlis Berbuka Puasa bersama YB Abdullah Saidol

Ogos 12, 2012

SUMBANGAN IKHLAS: Abdullah menyampaikan sumbangan sambil diperhatikan oleh Pandi
dan Radin Kadri. 

SIBU: Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pemuda PBB telah mengadakan majlis berbuka puasa dengan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri YB Abdullah Saidol di sebuah restoran disini semalam.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh saudara baru disekitar Sibu.

Selepas selesai berbuka puasa, Abdullah menyampaikan sumbangan yang disediakan oleh Pergerakkan Pemuda PBB Wilayah Tengah.
  

Saturday, 11 August 2012

Pemuda PBB anjur Kempen Mengibar Jalur Gemilang petang ini

Posted on August 11, 2012, Saturday

SIBU: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Wilayah Tengah dan Biro Ekonomi Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak akan menganjurkan Kempen Mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kemerdekaan 2012 pada jam 4.30 petang ini (11 Ogos) di Jalan Simpang Tiga, Kampung Nangka (berhampiran bulatan simpang Kampung Hilir).

Menurut jurucakap penganjur yang juga Ketua Pemuda PBB Machan Hassan Tahir, pelancaran kempen itu akan disempurnakan oleh tetamu kehormat iaitu Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop Abdullah Saidol.

“Tetamu kehormat pada kempen itu nanti akan turut mengagihkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya yang lalu-lalang di kawasan itu nanti.

“Abdullah dijangka akan turut diiringi ADUN Nangka Dr Annuar Rapa’ee, Naib Ketua Pemuda PBB Negeri Sarawak Pandi Suhaili dan Ahli Exco Pergerakan Pemuda PBB Negeri Sarawak Radin Kadri Radin Budiman.

“Objektif kempen itu ialah untuk memupuk semangat kecintaan kepada negara serta menanam semangat patriotik di kalangan generasi muda,” ujarnya kepada Utusan Borneo selepas mengadakan mesyuarat akhir berkenaan dengan majlis itu di sini, petang kelmarin.