Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04hb April 2013
(merujuk kepada '' Manifesto PR ")
Janji, bukan manifesto, Pakatan Rakyat bahawa harga minyak akan diturunkan apabila mereka berjaya berkuasa kelak menggelikan hati.
Ini disebabkan semua sudah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat akan berjanji apa sahaja asalkan mereka berkuasa.
Apa yang berlaku selepas berkuasa, ianya tidak penting.
Telah banyak bukti-bukti penipuan Pakatan Rakyat yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan apa yang mereka janjikan ialah manifesto; walaupun hakikatnya janji-janji tersebut hanyalah janji-janji manis untuk mengambil undi.
Berbalik kepada janji harga minyak akan diturunkan, Pakatan Rakyat sebenarnya berbohong kepada rakyat.
Subsidi kerajaan bukan terhad hanya kepada bahan makanan asas sahaja tetapi ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan sebanyak 17 bilion ringgit.