Showing posts with label Wong Judat. Show all posts
Showing posts with label Wong Judat. Show all posts

Tuesday, 4 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 04hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04hb September 2012
(merujuk kepada ''  Wong Judat kini sah ahli SWP  " - Utusan Borneo)

Tahniah diucapkan kepada YB Wong Judat diatas perlantikkan beliau sebagai salah seorang Naib Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP).

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama beliau mesti melepaskan kerusi Meluan yang telah dimenangi beliau ketika bertanding sebagai calon parti Barisan Nasional.

Sekiranya, beliau bersikap 'gentleman' dan yakin dengan kekuatan akar umbi yang menyokong beliau, tidaklah menjadi satu masalah untuk beliau berbuat demikian.

Rakyat dan pengundi Meluan berhak untuk menentukan sekarang samada beliau masih lagi diperlukan di Meluan; dan bukannya menunggu pilihanraya negeri yang akan datang.

Beliau memperlekehkan sokongan pengundi sekiranya beliau enggan berbuat demikian.

Beliau boleh memanggil semua penyokong beliau untuk membuat kenyataan akhbar ataupun berhimpun untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan padu di Meluan.

Tapi hakikatnya, yang memenangkan beliau di Melaun dalam pilihanraya yang lepas bukannya sahaja undi dari penyokong beliau tetapi juga dari penyokong Barisan Nasional.

Parti Barisan Nasional lebih besar dari mana-mana pemimpin, termasuk beliau.

Akhirkata, buktikan sokongan padu yang digembar-gemburkan kepada rakyat Meluan; dan bukan hanya bermain kata-kata.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................
  

Wednesday, 1 August 2012

Wong Judat just play acting – Pandi

Borneo Post
Posted on August 1, 2012, Wednesday

BINTULU: The political situation surrounding Meluan assemblyman Wong Judat is a farce for the public to marvel at, claimed state PBB Youth vice-chief Pandi Suhaili.

Wong, who is also SPDP vice-president, was reported to be still undecided on his future in the party although he was reported to have said earlier that he would quit it and join Sarawak Workers Party (SWP).

Commenting on Wong’s call for him (Pandi) to ask the five elected representatives from SPDP who were sacked from the party and who then set up BN Club to also vacate their seats, Pandi said this clearly indicated that Wong had failed to understand his own political situation.

The three-term Meluan assemblyman was reported to have said that it was unfair for Pandi to request him to vacate Meluan seat when he (Wong) had not made his decision official.

He said Pandi had pre-empted his decision, adding he (Pandi) might as well call on the five elected representatives who were sacked from SPDP more than six months ago to vacate their seats too.

Sunday, 29 July 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 29 Julai 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
29hb Julai 2012


Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menyambut baik kenyataan YB Wong Judat bahawa beliau belum lagi membuat kenyataan rasmi tentang kedudukkan beliau dalam SPDP walaupun akhbar berbahasa Inggeris pada 23hb Julai telah melaporkan bahawa beliau telah mengumumkan keputusan untuk keluar SPDP secara rasmi  pada 31hb Julai dan kemudiannya menyertai SWP.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak enggan diheret dalam situasi politik yang lebih berbentuk kepada sandiwara yang sedang dipertontonkan kepada orang ramai.

Hal ini jelas dalam laporan akhbar tempatan terkini.

Mengulas kepada gesaan agar desakkan mengosongkan kerusi patut ditujukan juga kepada lima wakil rakyat dari SPDP yang dipecat dari parti kemudiannya menubuhkan Kelab Barisan Nasional, ini secara jelas menunjukkan YB Wong Judat gagal memahami situasi politik beliau sendiri.

Sekali lagi Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mengulangi pendirian - sekiranya YB Wong Judat secara rasminya keluar dari SPDP, dan kemudiannya menyertai SWP, beliau hendaklah mengosongkan kerusi Meluan sebagai tanda menghormati keputusan para pengundi yang memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional, iaitu beliau.

Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................

Saturday, 28 July 2012

Wong selar Pandi sebagai keterlaluan

by Anthony Aga, reporters@theborneopost.com. Posted on July 28, 2012, Saturday

SARIKEI: Is Meluan assemblyman Wong Judat having second thoughts?

Following the hoo-hah over his announcement on July 21 that he would quit SPDP on July 31, Wong came out yesterday to say that news reports about his quit decision are “inaccurate”.

“As far as I am concerned, news reports on my decision to quit SPDP at the end of this month are inaccurate. I have yet to make an official announcement on the matter.

“It is common knowledge that such an important decision can only be confirmed in black and white or through an official letter,” he said when met by The Borneo Post yesterday.

Unlike his firm stand last Saturday, Wong played sly yesterday when he declined to rule out the possibility of him resigning from SPDP by reiterating “only an official letter can confirm this”.


Tuesday, 24 July 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 24 Julai 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
24hb Julai 2012
(merujuk kepada Wong Judat quits SPDP - The Borneo Post)



Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menghormati pendirian Yang Berhormat Wong Judat untuk keluar dari SPDP dan menyertai SWP.

Ia merupakan hak individu.

Tetapi pada masa yang sama, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mendesak agar Wong menghormati penyokong Barisan Nasional di DUN Meluan dengan mengosongkan kerusi.

Wong dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket Barisan Nasional. Dan sewajarnya beliau mengosongkan kerusi DUN Meluan sebelum dia menyertai SWP.

Barisan Nasional tidak memerlukan mana-mana wakil rakyat yang mementingkan diri sendiri dan bukannya parti.

Perjuangan Barisan Nasional berlandaskan perjuangan rakyat dan bukannya perjuangan individu, seperti parti pembangkang yang memperjuangkan nasib seorang sahaja iaitu Datuk Anwar Ibrahim.

Apa yang dilaung-laungkan oleh pembangkang sebagai memperjuangkan nasib rakyat hanyalah satu sandiwara kerana sekiranya rakyat benar-benar penting, maka tidak timbul isu siapa akan jadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya pembangkang menguasai parlimen.

Tetapi sehingga sekarang, pembangkang kelihatan ragu-ragu dengan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri Malaysia - Anwar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau orang lain?

Memperjuangkan nasib rakyat ialah misi utama Barisan Nasional. 

Barisan Nasional tidak meletakkan individu lebih penting dari parti. 

Atas sebab itu, Wong mesti kosongkan kerusi DUN Meluan sekiranya beliau menghormati pendirian penyokong Barisan Nasional yang telah menyokongnya atas dasar beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................