Showing posts with label PRS. Show all posts
Showing posts with label PRS. Show all posts

Tuesday, 24 July 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 24 Julai 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
24hb Julai 2012
(merujuk kepada Wong Judat quits SPDP - The Borneo Post)



Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menghormati pendirian Yang Berhormat Wong Judat untuk keluar dari SPDP dan menyertai SWP.

Ia merupakan hak individu.

Tetapi pada masa yang sama, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mendesak agar Wong menghormati penyokong Barisan Nasional di DUN Meluan dengan mengosongkan kerusi.

Wong dipilih sebagai wakil rakyat atas tiket Barisan Nasional. Dan sewajarnya beliau mengosongkan kerusi DUN Meluan sebelum dia menyertai SWP.

Barisan Nasional tidak memerlukan mana-mana wakil rakyat yang mementingkan diri sendiri dan bukannya parti.

Perjuangan Barisan Nasional berlandaskan perjuangan rakyat dan bukannya perjuangan individu, seperti parti pembangkang yang memperjuangkan nasib seorang sahaja iaitu Datuk Anwar Ibrahim.

Apa yang dilaung-laungkan oleh pembangkang sebagai memperjuangkan nasib rakyat hanyalah satu sandiwara kerana sekiranya rakyat benar-benar penting, maka tidak timbul isu siapa akan jadi Perdana Menteri Malaysia sekiranya pembangkang menguasai parlimen.

Tetapi sehingga sekarang, pembangkang kelihatan ragu-ragu dengan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri Malaysia - Anwar, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau orang lain?

Memperjuangkan nasib rakyat ialah misi utama Barisan Nasional. 

Barisan Nasional tidak meletakkan individu lebih penting dari parti. 

Atas sebab itu, Wong mesti kosongkan kerusi DUN Meluan sekiranya beliau menghormati pendirian penyokong Barisan Nasional yang telah menyokongnya atas dasar beliau bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................