Showing posts with label Kenyataan Akhbar. Show all posts
Showing posts with label Kenyataan Akhbar. Show all posts

Saturday, 20 July 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 20hb Julai 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
20hb Julai 2013
(merujuk kepada ''PR sedia tawan Sarawak")

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Sarawak See Chee How telah mengeluarkan kenyataan yang menggelikan hati apabila beliau berkata Pakatan Rakyat bersedia menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Beliau perlu terlebih dahulu melihat masalah-masalah hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebelum bermimpi di siang hari.

Sambutan yang menggalakkan yang diberikan kepada DAP oleh majoriti masyarakat Cina tidak membawa makna masyarakat Bumiputera akan memberi kepercayaan kepada parti yang berteraskan perjuangan Malaysian Malaysia yang berobjektifkan penghapusan status Bumiputera di Malaysia.

Rata-rata masyarakat Melayu telah menolak PKR dalam pilihanraya umum yang lepas atas sebab merasa loya dengan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya di negeri Sarawak.

Mungkin sekarang lebih ramai rakyat Sarawak menyetujui tindakan majoriti masyarakat Melayu berdasarkan apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup mengorbankan setia kawan dan kepercayaan demi kuasa.

Bahkan Timbalan Presiden Keadilan Azmin Ali sendiri tidak menyenangi pendekatan politik yang dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila beliau menegur ketua umum Pakatan Rakyat menggunakan akaun twitternya selepas PRU lepas.

Ini adalah hakikat.

Adakah rakyat Sarawak masih mahu diperbodohkan oleh ketua (dan kuncu-kuncu) sedangkan pada masa yang sama orang kanannya sendiri mengkritiknya?

Tepuk dada tanyalah selera.

Manakala PAS pula sedang dipenghujung era kepimpinan ulama yang diketuai oleh Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

Kita sedia maklum, PAS lebih bersifat terbuka kepada Barisan Nasional sebaik sahaja Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat tidak lagi menjawat jawatan Menteri Besar Kelantan.

Maka, adakah ini bermakna Pakatan Rakyat akan melihat komitmen yang sama dari PAS seperti PRU lepas ketika PRN yang akan datang?

Pada masa yang sama, PAS telah menikam rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, terutamanya PKR, di saat-saat akhir PRU lepas.

Adakah ini bermakna DAP dan PKR bersedia untuk melupakan episod ini dalam persaingan diantara parti-parti Pakatan Rakyat untuk merebut kerusi PRN nanti?

Sungguh menggelikan hati.

Mungkin DAP, PKR dan PAS beranggapan rakyat Sarawak dapat diperbodohkan. Tetapi PRU yang lepas menunjukkan ramai rakyat Sarawak amat bijak sehingga menyaksikan banyak kerusi  di Sarawak telah dimenangi oleh Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Dalam PRN yang akan datang, Barisan Nasional, dimana PBB adalah sebagai parti tulang belakang, akan terus menguasai Sarawak bagi menyelamatkan Sarawak dari pertelingkahan politik diantara DAP, PKR dan PAS.

Hidup Barisan Nasional!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Saturday, 4 May 2013

Undilah dengan minda yang tenang dan rasional -Pandi


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04 Mei  2013

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menyeru rakyat Sarawak bersikap rasional dalam memilih parti yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir negara bagi tempoh lima tahun.

Buat masa ini, diakui bahawa emosi sebilangan kecil pengundi terlalu tinggi akibat dari hasutan untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

Malangnya hasutan-hasutan tersebut tanpa didokong oleh fakta-fakta yang kukuh.

Hanya didokong oleh andaian-andaian gila yang tidak masuk akal.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat Sarawak akan mengundi kerajaan baru berdasarkan kepada 'track record' yang bersifat jangka masa panjang; dan bukannya termakan hasutan janji-janji yang bersifat populis yang tidak masuk akal.

Rakyat Sarawak tidak mampu untuk meneruskan kehidupan selama 5 tahun dengan menaruh harapan pihak pembangkang akan menunaikan janji-janji mereka.

Ianya amat berisiko tinggi.

Kita perlukan kesinambungan yang mampu membantu rakyat Sarawak mendapatkan kehidupan yang lebih baik melalui usaha-usaha murni menunaikan janji-janji yang telah dibuat dalam manifesto pilihanraya.

Hanya Barisan Nasional mampu untuk menunaikan janji-janji.

Ini bukan satu dakwaan yang tidak berasas kerana semua sedia maklum bahawa negeri-negeri yang sebelum ini dibawah pembangkang mengalami masalah disebabkan kegagalan untuk menunaikan janji-janji mereka.

Adakah kita rakyat Sarawak mahu perkara yang sama berlaku keatas kita semua?

Tepuk dada, tanyalah selera.

Jawapannya sudah pasti: UNDI Barisan Nasional!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Tuesday, 16 April 2013

PRU13: Chong patut malu kerana cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
16hb April 2013
(merujuk kepada '' Chong to Taib: Your last day in office is on April 15 ")

Kebongkakkan Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen membuatkan dia gagal untuk melihat realiti politik semasa yang sedang berlaku.

Dia beranggapan rakyat mudah untuk dihasut sebagaimana mereka berjaya menghasut rakyat dalam pilihanraya negeri yang lepas sehingga beberapa kerusi SUPP jatuh ditangan mereka.

Sekiranya Chong berpendapat dengan bercakap tentang Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan menyebabkan kaum Cina kembali memberi sokongan kepada mereka, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak ingin menegaskan disini bahawa perkiraan Chong salah dan meleset sama sekali.

Pihak yang patut ditentang oleh DAP agar rakyat kembali semula menyokong DAP ialah PAS.

PAS adalah duri dalam daging dalam DAP.

Chong boleh berlakon seolah-olah kehadiran PAS dalam Pakatan Pembangkang membantu DAP.

Tetapi hakikatnya, ramai rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina, merasa kurang senang dengan PAS.

Bukti ialah jumlah kehadiran penyokong di ceramah-ceramah DAP yang amat memalukan, iaitu begitu sedikit sekali, berbanding dengan dakwaan-dakwaan bahawa rakyat menyokong perjuangan mereka.

Adakah DAP hendak membantu PAS mendirikan negara kebajikan yang bertunjangkan kepada Islam?

Adakah Chong pasti para penyokong DAP bersetuju?

Adakah Chong percaya isu negara kebajikan bertunjangkan kepada Islam kurang penting berbanding dengan isu bila Pehin Sri hendak bersara?

Chong boleh membohongi dirinya tetapi dia tidak boleh membohongi rakyat yang memerhati dengan serius kemesraan DAP dengan PAS dalam membantu mewujudkan negara kebajikan bertunjangkan Islam.

Menjelang pilihanraya negeri yang lepas, Chong dengan niat jahat menakutkan rakyat dengan berkata rakyat akan makan rumput sekiranya Barisan Nasional menang.

Dua tahun sudah berlalu tiada seorang rakyat pun makan rumput. Bahkan Chong sendiri tidak makan rumput!

Tetapi mungkin dia terpaksa melakukan lakonan memakan rumput untuk menipu rakyat bahawa ada seorang rakyat yang makan rumput.

Seorang rakyat yang dimaksudkan oleh Chong ialah dia sendiri!

Dan dia kemudiannya menyalahkan PBB ataupun SUPP ataupun Barisan Nasional kerana mengambil video dia makan rumput dengan harapan rakyat akan simpati denganya?!

DAP hanya menang beberapa kerusi DUN dalam piliharaya negeri yang lepas, tetapi berlagak seolah-olah memenangi 2/3 dari kerusi DUN Sarawak.

Ciri-ciri kediktatoran kepimpinan DAP amat terselah sekali.

Oleh itu, tidak mengejutkan ahli-ahli DAP dibuang dari parti begitu sahaja tanpa perlu diberi peluang untuk membela diri!

Pehin Sri telah mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi Ketua Menteri selepas pilihanraya negeri yang lepas.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat yakin rakyat amat menyenangi kepimpinan Pehin Sri yang mampu membawa rakyat Sarawak, termasuk penyokong pembangkang dan anak-anak mereka, menikmati pembangunan yang mungkin tidak pernah mereka bayangkan selama ini.

Chong patut malu kerana mendesak Pehin Sri untuk berundur atas sebab ingin mengaburi mata rakyat terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh DAP dalam Pakatan Pembangkang.

Rakyat negeri Sarawak tidak bodoh seperti yang dianggap oleh Chong.

Selesaikan masalah DAP dengan PAS dan PKR; dan bukannya cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat yakin majoriti rakyat Sarawak masih mahu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meneruskan khidmat cemerlangnya agar matlamat Sarawak menjadi negeri maju pada 2030 dapat tercapai.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak juga mahu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terus kekal menerajui kepimpinan parti kerana masih banyak agenda besar yang memerlukan khidmat serta pengalaman beliau terutama kesinambungan gelombang kedua Politik Pembangunan yang dipelopori oleh beliau.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat bersama Barisan Nasional menolak DAP dan Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

Hidup BN! Hidup Datuk Seri Najib Tun Razak! Hidup Pehin Sri Abdul Taib Mahmud!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Wednesday, 10 April 2013

PRU13: Pemuda memuji manifesto BN sebagai memenuhi aspirasi rakyat

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
10hb April 2013
(merujuk kepada '' Manifesto BN ")

Manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggambarkan satu aspirasi yang meluap-luap untuk membantu rakyat Malaysia agar memperolehi kehidupan yang lebih baik dari hari ini.

Sperti apa yang dikatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib ketika melancarkan Manifesto BN baru-baru ini, "Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif utama kita".

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak melihat ianya satu manifesto yang komprehensif yang menepati semangat 1Malaysia yang didokong oleh rakyat Malaysia.

Tumpuan yang diberikan tidak tertumpu hanya kepada satu kelompok sahaja tetapi merangkumi semua.

Antara lain, hasrat Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi lebih banyak keselesaan kepada rakyat melalui penyediaan barangan dan perkhidmatan asas di harga rendah amat dialu-alukan.

Ramai menyambut baik akujanji untuk memberi bantuan persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar dan Skim Baucher 1Malaysia RM300 akan membantu ibubapa meringankan beban kewangan.

Pada masa yang sama kenaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk keluarga, dan RM600 untuk mereka yang belum berkahwin sudah semestinya menggembirakan rakyat Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional juga tidak lupa untuk membantu rakyat dari segi berusaha untuk mengurangkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Ini tidak termasuk memperbanyakkan jumlah Klinik 1Malaysia, Pusat Penjagaan 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan memperkenalkan produk 1Malaysia products di stesen minyak dan hipermarket.

Akujanji-akujanji ini juga meliputi aspek-aspek lain seperti kesihatan, ekonomi, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan juga keselamatan.

Menyentuh aspek pengangkutan, akujanji untuk membina jalan Pan Borneo sepanjang 2,300 km dari Sematan ke Serudung di Sabah sudah semesti menggembirakan rakyat negeri Sarawak dan Sabah.

Ianya akan banyak mendatangkan faedah-faedah yang baik kepada penduduk di kedua-dua buah negeri.

Turut mendapat perhatian Kerajaan Barisan Nasional ialah hal ehwal wanita melalui akujanji untuk memperbanyakkan pembabitan wanita dalam semua bidang.

Keperluan untuk memberi perhatian kepada kehendak-kehendak generasi muda juga tidak dilupakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini bertujuan untuk membantu generasi muda agar bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam kepimpinan negara.

Untuk merealisasikan akujanji-akujnaji yang terkandung dalam manifesto ini, Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Kerajaan yang kuat akan berupaya untuk merealisasikan usaha untuk mentransformasikan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pada masa yang sama, kita perlu mempertahankan apa yang telah kita capai; dan kita hendaklah jangan memperjudikan masa hadapan kita.

Rekod pencapaian yang cemerlang seharusnya menjadi panduan kepada rakyat untuk memilih parti yang layak untuk membentuk kerajaan selepas pilihanaraya umum ke-13 nanti.

Selain dari itu, pengalaman mengurus masyarakat pelbagai bangsa patut diambil kira kerana tanpa adanya pengalaman, amat sukar kerajaan untuk berfungsi dengan baik dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga mesti menekankan aspek penggunaan pendekatan kesederhanaan ketika memilih parti yang hendak diberi mandat untuk mengurus negara.

Rekod perkongsian kuasa yang telah teruji juga mesti diberi perhatian.

Ini kerana untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, kerajaan yang dibentuk selepas pilihanraya ke-13 ini mesti mempunyai kriteria-kriteria tersebut.

Oleh itu Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menyeru rakyat Sarawak agar memberi mandat yang kuat kepada Barisan Nasional agar dapat meneruskan perjuangan untuk memakmurkan negara dan menambahkan kesejahteraan kepada rakyat.

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Thursday, 4 April 2013

PRU13 : Pakatan Pembohong akan musnahkan ekonomi Malaysia dengan janji turunkan harga minyak

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04hb April 2013
(merujuk kepada ''  Manifesto PR ")

Janji, bukan manifesto, Pakatan Rakyat bahawa harga minyak akan diturunkan apabila mereka berjaya berkuasa kelak menggelikan hati.

Ini disebabkan semua sudah sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat akan berjanji apa sahaja asalkan mereka berkuasa.

Apa yang berlaku selepas berkuasa, ianya tidak penting.

Telah banyak bukti-bukti penipuan Pakatan Rakyat yang cuba menipu rakyat dengan mengatakan apa yang mereka janjikan ialah manifesto; walaupun hakikatnya janji-janji tersebut hanyalah janji-janji manis untuk mengambil undi.

Berbalik kepada janji harga minyak akan diturunkan, Pakatan Rakyat sebenarnya berbohong kepada rakyat.

Subsidi kerajaan bukan terhad hanya kepada bahan makanan asas sahaja tetapi ia juga merangkumi subsidi produk petroleum dan bantuan tunai yang melibatkan sebanyak 17 bilion ringgit.

Wednesday, 3 April 2013

PRU13 : Pemuda PBB Sarawak yakin "Tsunami Biru" akan menghancurkan pakatan pembangkang

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
03hb April 2013

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak berkeyakinan tinggi bahawa PBB akan berjaya memenangi kesemua kerusi yang dipertandingkan dalam pilihanraya umum ini.

Walaupun pembangkang telah lama berusaha untuk merosakkan minda rakyat agar membenci pemimpin Barisan Nasional, mereka tetap gagal untuk membohongi majoriti rakyat Sarawak yang berdiri dengan kukuh dibelakang Barisan Nasional.

Strategi mereka yang menghina kepimpinan Barisan Nasional seolah-olah tidak ada satupun kebaikan yang telah dinikmati oleh mereka dan anak-anak mereka membuatkan majoriti rakyat Sarawak merasa jelek dengan mereka.

Pada masa yang sama, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak telah lama bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum ini dengan mengadakan banyak aktiviti-aktiviti yang mendekatkan Pergerakan Pemuda PBB Sarawak dengan rakyat Sarawak.

Diantara aktiviti yang banyak diperkatakan oleh rakyat Sarawak ialah "Gelombang Biru" yang dipelopori oleh Pergerakan Pemuda PBB Wilayah Tengah.

"Gelombang Biru" telah banyak menenggelamkan pembangkang ditempat-tempat yang dilawati .

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak percaya "Gelombang Biru" ini akan menjadi lebih hebat lagi mulai dari hari ini - iaitu bertukar menjadi "Tsunami Biru".

"Tsunami Biru" ini bukan sahaja yang melemaskan pembangkang sehingga mereka tidak bermaya untuk memperbodohkan rakyat Sarawak, tetapi ia akan menghancurkan pembangkang dan menghanyutkan mereka keluar dari Sarawak.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat Sarawak tidak diperbodohkan oleh dakwaan-dakwaan bahawa pembangkang mendapat sokongan yang padu di Semenanjung kerana sejak beberapa bulan ini, sudah nyata tanpa perlu bersuluh lagi bahawa ramai penyokong pembangkang telah meninggalkan mereka.

Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran 'hantu-hantu' ghaib yang mengisi tempat-tempat kosong ketika pembangkang sedang berceramah.

Pembangkang akan kalah di Semenanjung dan kita di Sarawak janganlah diperbodohkan oleh mereka.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak akan bekerjakeras untuk memastikan kemenangan yang bergaya di Sarawak untuk Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sekian. Terimakasih.
........................................................................................

Wednesday, 27 March 2013

Pemuda PBB Belaga teguh dibelakang Ketua Menteri

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Belaga 27hb Mac 2013
Henry Kilah Talek
Ketaksuban NGO-NGO Barat terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan negeri Sarawak amat menjengkelkan kerana ketaksuban itu dipenuhi dengan kekotoran jiwa dan pemikiran yang menjijikkan.

NGO-NGO Barat ini, seperti pihak pembangkang, sentiasa berusaha untuk mengaibkan Ketua Menteri agar masyarakat Sarawak, khasnya, dan dunia, amnya, percaya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas!

Mereka memandang rendah mentali rakyat Sarawak seolah-olah rakyat negeri ini mampu untuk ditipu dengan penipuan mereka.

Pemuda PBB Belaga amat memandang serius usaha penipuan ini, dan atas sebab itu menyokong penuh kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili yang menyatakan sokongan barisan Pemuda PBB negeri Sarawak kepada Ketua Menteri.

Kami turut merasa lega dengan kesediaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam isu Global Witness.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawap tersebut akan dikenakan hukuman yang berat kerana berniat jahat untuk membusukkan nama baik Ketua Menteri bagi tujuan membantu pembangkang meraih sokongan rakyat!

Akhir sekali, Pemuda PBB Belaga akan sentiasa memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri.

Saturday, 23 March 2013

Pemuda PBB Wilayah Tengah sokong penuh kenyataan Pandi

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Wilayah Tengah 23hb Mac 2013

Hassan Tahir Hasbee
Barisan Pemuda Wilayah Tengah bersetuju dengan kecaman yang dibuat oleh Naib Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili ke atas Global Witness.

Bahkan kami berpendapat kecam tersebut amat bertepatan dengan pendirian kami yang selama ini enggan melihat mana-mana pihak cuba mengotorkan pandangan masyarakat terhadap Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan kepimpinannya.

Global Witness, dan juga NGO-NGO Barat yang lain, hanya mempunyai satu tujuan sahaja - iaitu untuk menjatuhkan Pehin Sri bagi mencapai tujuan jahat mereka yang inginkan negeri Sarawak terjerumus dalam lembah kekacauan politik dan ekonomi.

Oleh itu, kami mengalu-alukan sebarang tindakan dikenakan keatas mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha untuk memburuk-burukkan Pehin Sri agar semua pihak mengambil tindakan ini sebagai satu pengajaran kepada semua.

Friday, 22 March 2013

Pemuda PBB Wilayah Utara sokong penuh kenyataan Pandi

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Wilayah Utara 22hb Mac 2013

Richard Silo
Kami menyokong sepenuhnya kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili yang mengecam tindakan NGO-NGO Barat yang berniat jahat cuba untuk mencemar imej Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Klip video yang dihasilkan oleh Global Witness ialah usaha terkini yang dilakukan oleh pihak NGO Barat untuk mengeruhkan hubungan yang baik diantara Ketua Menteri dan rakyat Sarawak yang selama ini banyak mendapat faedah dari pembangunan negeri Sarawak hasil dari politik pembangunan yang dibawa oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Apa yang kami nampak ialah NGO-NGO ini berniat untuk menjatuhkan Pehin Sri bagi tujuan merealisasi impian jahat mereka yang bertopengkan hak asasi dan demokrasi. 

Mungkin mereka beranggapan serangan yang bertubi-tubi ini akan melemahkan kepimpinan Pehin Sri.

Kami ingin menyatakan disini dengan sekeras-kerasnya bahawa barisan Pemuda PBB Wilayah Utara berdiri dengan teguh dibelakang Pehin Sri.

Kami amat berharap agar tindakan yang tegas akan dapat dilakukan kepada mana-mana individu yang terbabit dalam klip video kerana sudah terang tanpa bersuluh bahawa video klip tersebut berniat jahat!
   

Thursday, 21 March 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Mac 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
21hb Mac 2013

Pihak NGO Barat kelihatan begitu asyik dalam agenda mereka untuk memburuk-burukkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar semua pihak mempercayai fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka.

Mungkin mereka beranggapan sekiranya fitnah-fitnah ini dilemparkan, lambat laun ada juak yang akan terpalit dan mengakibatkan semua pihak mula mempercayai fitnah busuk yang direka oleh minda yang jahat mereka.

The Global Witness adalah satu diantara NGO-NGO Barat yang begitu taksub dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah di dunia Barat kini penduduknya hidup dengan aman damai tanpa apa-apa permasalahan ekonomi atau sosial.

Adakah percubaan ini sedikit sebanyak disebabkan NGO-NGO Barat hendak mengalih perhatian dunia terhadap banyak masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat di sana?

NGO Barat ini cuba untuk mengaitkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan perbualan yang telah direkod seolah-olah Pehin Sri Abdul Taib berada dilokasi dimana perbualan tersebut direkod.

Wednesday, 23 January 2013

PBB Youth leader ‘thankful’ for report on plot to topple Taib


PBB Youth leader ‘thankful’ for report on plot to topple Taib
Posted on January 23, 2013, Wednesday

KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Youth vice-president Pandi Suhaili ‘thanked’ Sarawak Report for its online report on a conspiracy to topple Chief Minister Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

He said that the report was a pack of lies, adding that instead of creating turmoil in PBB, it had rallied party members and the people in general behind Taib.

In his text message yesterday, Pandi pointed out that it was a known fact that Sarawak Report was an enemy’ to Taib and Barisan Nasional (BN) and the people in the state were well aware of its stand .

He was responding to Sarawak Report on Sunday, disclosing that it received an explosive dossier from sources close to Taib detailing a powerful conspiracy to depose him at the next PBB party convention, due in May.

The report also alleged that the high-level conspirators led by Second Minister of Resource Planning and Environment Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan would maintain a pretence of unity during the coming
general election, expected in March, but had collected enough supporters, including Taib’s own family members to oust him in May.

Tuesday, 22 January 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 22hb Januari 2013


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
22hb Januari 2013
(merujuk kepada " State BN leaders brush off online report of conspiracy to oust Taib in next PBB convention ")

Rakyat Sarawak sudah sedia maklum Sarawak Report sebagai satu laman web yang berniat jahat terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kerajaan Barisan Nasional.

Laman web tersebut, walaupun berusaha untuk menunjukkan bahawa ia bersikap profesional dalam membuat laporan, ia sebenarnya gagal menepati kriteria yang membolehkan ianya dianggap sebagai adil, berniat baik dan telus dalam membuat laporan.

Apa jua yang diterbitkan dalam laman web tersebut, hanya satu sahaja motifnya - iaitu untuk membantu PKR, DAP dan PAS menjatuhkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kerajaan Barisan Nasional.

Serangan demi serangan ditujukan ke arah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana laman web tersebut beranggapan sekiranya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berjaya dihapuskan, maka PKR, DAP dan PAS akan mudah untuk menawan Sarawak.

Dan pada masa yang sama, laman web tersebut akan menulis cerita-cerita dongeng mengenai individu-individu yang dikatakan rapat dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan ketegangan diantara Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan individu-individu yang dinyatakan dalam cerita-cerita dongeng Sarawak Report.

Artikel mutakhir laman tersebut mengenai konspirasi yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan untuk menjatuhkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam konvensyen parti PBB dalam bulan Mei ini adalah satu lagi cerita dongeng yang ditulis oleh laman web tersebut.

Mungkin penulis artikel tersebut sedang bermimpi ketika menulis artikel yang secara terang-terang berniat jahat untuk mengkucar-kacirkan PBB.

Mungkin laman web merasakan mereka dapat menipu rakyat Sarawak dengan menulis seolah-olah mendapat maklumat dari orang terdekat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Tapi hakikatnya, ianya adalah satu pembohongan yang teramat bohong sekali.

Dan bodoh kerana tidak memahami politik PBB.

Dimanakah kewarasan penulis laman web bila mengatakan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan digugurkan di konvensyen parti dalam bulan Mei ini apabila pada masa yang sama mengatakan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mengumpul Yang Berhormat-Yang Berhormat dari parti komponen BN?

Adakah mereka ini mempunyai hak untuk mengundi dalam konvensyen parti PBB?

Sarawak Report sepatutnya sudah sedar bahawa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah jantung dan hati setiap ahli PBB apabila cerita-cerita dongeng mereka gagal membuatkan rakyat merasa benci terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Bahkan, mungkin Sarawak Report patut diberi ucapan terimakasih kerana disebabkan kebangangan dan kebodohan yang berniat jahat terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, laman web tersebut sebenarnya telah membuat ahli-ahli PBB, khususnya, dan rakyat Sarawak, amnya, semakin rapat dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini kerana semua ahli-ahli PBB tahu bahawa Sarawak Report hanyalah kuda tunggangan kepada pihak yang berkehendakkan PKR, DAP dan PAS mengambilalih kerajaan negeri Sarawak dari tangan parti Barisan Nasional.

Niat jahat Sarawak Report adalah jelas sekali - membuka ruang kepada PKR, DAP dan PAS.

Pada masa yang sama semua parti komponen Barisan Nasional harus menjalankan siasatan untuk memastikan tiada musang berbulu ayam dalam parti masing-masing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sepatutnya semua ahli parti komponen Barisan Nasional memberi tumpuan kepada pilihanraya ke-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja, dan bukannya cuba hendak menjatuhkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan mewujudkan keadaan kucar-kacir dalam PBB.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

Monday, 21 January 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Januari 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
21hb Januari 2013

Keluar dari Pakatan Rakyat adalah satu-satunya pilihan yang terbaik untuk PAS bagi tujuan mengelakkan parti tersebut terus dipergunakan dan dimalukan oleh PKR dan DAP.

Buat masa ini, pemimpin utama PAS kelihatan seperti lembu yang ditarik hidung dengan tali oleh PKR dan DAP.

PAS banyak membuat pengorbanan, termasuk mengorbankan perjuangan 'suci' parti untuk mendirikan negara Islam, demi menjaga hati PKR dan DAP.

Isu kalimah ALLAH ini telah banyak membantu memberi bukti yang jelas dan kukuh kepada rakyat tentang kebodohan PAS, dan kelicikkan PKR dan DAP.

Mungkin penyokong PAS boleh memejam mata dan meneruskan sokongan kepada PAS apabila pemimpin utama parti menyetujui desakkan PKR dan DAP agar membenarkan agama bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Tetapi apabila pemimpin utama PAS membuat keputusan 'mengejut' untuk bersetuju dengan Dewan Syura PAS, adalah sukar untuk penyokong PAS terus mempertahankan parti.

Dari mula lagi, umum mengetahui bahawa ahli-ahli Dewan Syura PAS memang tidak menyenangi sebarang keputusan yang membolehkan bukan agama Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Sepatutnya pemimpin utama PAS memanggil Dewan Syura PAS untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan mereka.

Tetapi malangnya pemimpin utama PAS enggan berbuat demikian demi menjaga hati PKR dan DAP.

Sekarang sudah nyata, tanpa perlu bersuluh lagi, bahawa PKR dan DAP telah dengan sengaja dan berniat jahat untuk mempergunakan dan memalukan PAS demi kepentingan politik mereka.

Imej Islam yang digunakan oleh PAS sekian lama telah hancur berkecai oleh PKR dan DAP.

Sekarang PAS tidak lagi memiliki kredibiliti untuk bercakap tentang Islam.

Tindakkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang enggan memperakui keputusan Majlis Syura PAS dilihat sebagai satu usaha oleh PKR dan DAP untuk terus memperbodohkan PAS dan meranapkan imej Islam PAS.

Sekarang, ternyatalah bahawa musuh sebenar PAS ialah bukannya Umno atau BN, tetapi rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.

Memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi, PAS sebenarnya mempunyai peluang besar untuk menghukum PKR dan DAP kerana memperbodohkan dan memalukan PAS dan pemimpin utama serta menghancurkan kredibiliti PAS dan pemimpin utama untuk berjuang atas nama Islam. 

Iaitu menarik diri dari Pakatan Rakyat; dan seterusnya membantu BN menewaskan PKR dan DAP dalam PRU-13.

Jangan biarkan PKR dan DAP terus memperbodohkan, memalukan dan menghancurkan kredibiliti PAS dan pemimpin utama.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

Saturday, 17 November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 17hb November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
17hb November 2012

Gesaan yang dibuat oleh bekas Ahli Majlis Tertinggi PKR Irene Fernandez agar status Bumiputera yang diberikan kepada Melayu dan pribumi di Sarawak dan Sabah dimansuhkan adalah satu gesaan yang keterlaluan.

Tuduhan bahawa "affirmative action" hanya memberi faedah kepada kelompok kecil kelas atasan adalah satu tuduhan yang berniat jahat.

Di Sarawak sahaja, ramai pribumi telah menikmati faedah dari 'affirmative action" yang bertujuan untuk mewujudkan imbangan sosial dan ekonomi yang positif diantara pribumi dan bukan pribumi.

Ini tidak termasuk di Semenanjung dan Sabah dimana pribumi telah mendapat faedah dari "affirmative action" sehingga kehidupan mereka dan keturunan mereka terbela.

Bekas ahli majlis tertinggi PKR sepatutnya mampu untuk menilai elemen positif yang telah disumbangkan oleh "affirmative action" terhadap pembangunan negara.

Friday, 16 November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 16hb November 2012



Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
16hb November 2012
(Isu Murtad & Guling BN)

Terdapat dua perkembangan menarik mutakhir ini:-

(a) Sokongan kebebasan agama untuk orang Melayu oleh Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar

Nurul Izzah telah cuba untuk menyalahkan pihak media sebagai memutarbelitkan kenyataannya. 

Beliau telah mengancam akan menyaman pihak media yang terbabit.

Walau bagaimanapun, Siti Zabedah, peguam Hak Asasi Manusia yang mengajukan soalan kebebasan agama kepada Naib Presiden PKR, telah mengkritik Nurul Izzah kerana cuba untuk berdalih.

Sunday, 11 November 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 11hb November 2012


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
11hb November 2012
 (merujuk kepada " Against the rules " - The Borneo Post)



Pihak yang bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan pemakanan mesti mengambil inisiatif untuk memastikan kes seperti kes Ayamas tidak lagi berulang di Sarawak.

Jika sekiranya benar bahawa pihak jabatan negeri gagal melaksanakan tugas, maka kakitangan yang bertanggungjawab mesti dikenakan tindakan yang sewajarnya.

Dalam kes Ayamas, rakyat Sarawak bernasib baik kerana analisa yang dibuat tidak mencerminkan perkara sebenar.

Tapi bayangkan sekiranya, disebabkan kegagalan melaksanakan tugas dengan efisien, analisa yang salah keatas makanan yang membahayakan!

Jabatan terbabit mesti mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membersihkan imejnya disebabkan kes Ayamas.

Walau bagaimanapun, sekiranya jabatan terbabit berada dipihak yang benar, rakyat Sarawak perlu tahu, mengapa ada kenyataan yang mengatakan analisa yang telah dibuat sebagai salah.

Keselamatan rakyat Sarawak dalam tangan semua pihak yang terbabit.

Oleh itu, rakyat Sarawak perlu tahu perkara sebenar.


Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

Saturday, 6 October 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 06hb Oktober 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
06hb Oktober 2012
 (merujuk kepada " Taib conferred leadership award " - The Borneo Post)

Tahniah diucapkan kepada Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud diatas pengikhtirafan "Brandlaureate Legendary Brand Icon Leadership Award for 2012" yang diberikan oleh Asia Pacific Brands Foundation baru-baru ini.

Ketokohan kepimpinan Pehin Sri telah banyak membantu membangunkan Sarawak dan sudah selayaknya Pehin Sri mendapat anugerah tersebut.

Setiap rakyat Sarawak, tanpa mengira ideologi politik, patut merasa bangga dengan pengikhtirafan yang diberikan ini.

Akhirkata, diharapkan rakyat Sarawak akan mendapat inspirasi dari pemberian anugerah tersebut dengan bersama-sama berdiri dibelakang Pehin Sri untuk memajukan pembangunan di Sarawak yang tercinta ini.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................


Tuesday, 2 October 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 02hb Ogos 2012


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
02hb Ogos 2012
(Belanjawan 2013)

Kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan belanjawan yang mampu untuk membantu rakyat Malaysia menahan arus ketidak-tentuan yang sedang melanda ekonomi dunia.

Bahkan ianya satu tindakan yang bijak untuk mendapatkan kerjasama dari rakyat untuk membantu memperhebatkan lagi aktiviti ekonomi melalui perbelanjaan rakyat; dan bukannya hanya bergantung kepada perbelanjaan kerajaan yang mungkin disalah-ertikan oleh rakyat sehingga ianya gagal mencapai objektif.

Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ialah diantara contoh kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional dalam mendapatkan kerjasama dari rakyat untuk memperhebatkan lagi ekonomi negara.

Melalui perbelanjaan yang dibuat oleh rakyat, tahap aktiviti ekonomi diperingkat mikro dan makro dapat ditingkat tanpa mana-mana segmen masyarakat dipinggirkan.

Sekiranya rakyat Malaysia dapat bersama-sama dengan Kerajaan Barisan Nasional dalam merealisasikan apa jua yang terkandung dalam Belanjawan 2013, ianya bukanlah satu perkara yang mustahil untuk melihat ekonomi Malaysia melonjak ke arah masyarakat berpendapatan tinggi dengan jayanya.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

Thursday, 27 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 27hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
27hb September 2012
(merujuk kepada '' Anwar Tidak Sensitif - Hasan Ali- MStar)


Ketaksuban pemimpin pujaan pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kuasa begitu menjelekkan sehingga beliau sanggup memperlekehkan usaha orang Islam seluruh dunia dalam mempertahankan kehormatan Nabi Muhammad.


Beliau perlu sedar dan diajar oleh orang Islam di Malaysia bahawa kenyataan beliau sebenarnya telah mengguris hati orang Islam seluruh dunia yang sanggup berkorban apa saja demi kehormatan Nabi Muhammad.

Tindakkan beliau yang cuba untuk mengambil hati negara Barat dengan berkata sedemikian, amat menjelekkan.

Beliau sanggup berbuat demikian demi mendapat sokongan dari negara Barat terhadap usahanya merampas kuasa dari Barisan Nasional.

Sekiranya PAS tidak mengambil sebarang tindakkan tegas terhadap beliau, ini menunjukkan PAS turut bersengkongkol dengan beliau dalam memperlekehkan perasan orang Islam yang cintakan Nabi Muhamad.

PAS tidak layak untuk bercakap tentang Islam sekiranya PAS tidak mengambil sebarang tindakan yang tegas.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

Thursday, 13 September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 13hb September 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
13hb September 2012

Belum lagi reda kemarahan rakyat Bintulu, khasnya, dan rakyat Sarawak, amnya, akibat dari isu 'Bintulu dhaif', sekarang timbul lagi isu terbaru yang membabitkan seorang ahli panel TV1 Bicara Kampus Md Yusri dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang dikatakan membuat kenyataan yang menyinggung hati rakyat Sarawak.

Sekiranya apa yang diperkatakan ini adalah benar, sudah sewajarnya rakyat Sarawak merasa sedih dan marah diatas tindakkan yang tidak bertanggungjawab yang tidak menggambarkan keperibadian tinggi seorang warga menara gading  yang berhujah tanpa memikir dengan mendalam apakah kesannya keatas keharmornian negara tercinta ini.

Md Yusri mesti meminta maaf kepada rakyat Sarawak - sekiranya benar beliau ada membuat kenyataan tersebut.

Pada masa yang sama, rakyat Sarawak patut memberi sokongan kepada usaha untuk membuat laporan polis di Balai Polis Sentral di Kuching pada September 16 ini, iaitu Hari Malaysia - sekiranya Md Yusri berdegil untuk terus mengguris hati rakyat Sarawak.

Pihak TV1 juga mesti mengambil langkah yang positif dan tegas dengan tidak membenarkan Md Yusri untuk turut serta di masa hadapan dalam rancangan Bicara Kampus. 

Sekiranya pihak TV1 masih lagi menggunakan khidmat Md Yusri, ini membawa makna bahawa pihak TV1, yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, tidak prihatin dengan keperluan untuk menjaga keharmonian di kalangan rakyat pelbagai kaum di Malaysia.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................