MIRI - Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) yang baharu hari ini (19 Sept 2020).
Beliau menggantikan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang enggan dicalonkan semula sebagai Presiden pada mesyuarat agung tiga tahun sekali (TGM) ke-16 organisasi itu di sini.
Saberkas adalah organisasi belia terbesar di negeri ini dengan lebih 44,500 ahli.
“Ia adalah amanah dan tanggungjawab berat yang harus dipikul kerana penubuhan Saberkas melibatkan belia kita yang memerlukan bimbingan daripada pemimpin agar mereka menjadi generasi pemimpin masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.