Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Tuesday, 21 August 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 21 Ogos 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
21hb Ogos 2012
(merujuk kepada 
- The Borneo Post)

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menggesa pihak pembangkang agar tidak keterlaluan dalam mempertikaikan usaha pencegahan, pengawalan dan mengatasi masalah jenayah di Sarawak, khususnya, dan Malaysia, amnya, sehingga menimbul ketakutan dikalangan rakyat.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak tidak menganggap perbuatan mempertikai sesuatu sebagai tidak boleh dilakukan tetapi setiap kali pertikaian dibuat, ianya mestilah dibuat secara bertanggungjawab dan bukan semata-mata hendak memancing undi.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak melihat tindakkan berpolitik dalam setiap isu tanpa mengira kesan negatif keatas rakyat amat tidak bertanggungjawab.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek bahawa statistik yang keluarkan oleh pihak polis adalah statistik yang benar dan bukannya ditokoktambah untuk menipu rakyat.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak memuji usaha-usaha pihak PDRM dalam memastikan keselamatan rakyat sehingga rakyat, termasuk pihak pembangkang sendiri, dapat menjalan aktiviti harian mereka, termasuk menipu rakyat, tanpa rasa takut diatas keselamatan mereka.

Rakyat seharusnya berterimakasih kepada PDRM diatas usaha mereka dan berusaha untuk membantu mereka dan bukannya mengkritik mereka tanpa bukti yang kukuh atas sebab ingin memancing undi.

Rakyat Sarawak seharusnya dapat menilai stail politik negatif yang dilakukan oleh pihak pembangkang yang cuba untuk menimbulkan rasa ketakutan dikalangan rakyat dengan harapan rakyat yang memberi mandat kepada mereka untuk membentuk kerajaan.

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................