Showing posts with label Dr. Michael Teo. Show all posts
Showing posts with label Dr. Michael Teo. Show all posts

Friday, 3 August 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 03 Ogos 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
03hb Ogos 2012
(merujuk kepada  '' Abdul Karim explains his tiff with Dr Teo "  
&  " Dr Teo’s side of the story " - The Borneo Post)

Adalah tidak wajar untuk Pengerusi PKR Miri Dr. Michael Teo menuntut agar Menteri Muda Belia YB Abdul Karim Rahman Hamzah meminta maaf kepada beliau.

Ini adalah kerana YB Abdul Karim Rahman Hamzah bukannya melabelkan beliau sebagai bodoh, tetapi soalan yang dikemukakan beliau sebagai bodoh.

Ini diakui sendiri oleh Dr. Michael Teo.

Oleh itu, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasakan tuntutan minta maaf ini sebagai satu tindakkan yang menunjukkan Dr. Michael Teo berusaha untuk memancing simpati dari rakyat dengan cuba untuk mengeksploitasi insiden tersebut seolah-olah beliau adalah mangsa dalam insiden tersebut.

Tetapi beliau sendiri mengakui bahawa label bodoh tersebut ditujukan oleh soalan beliau dan bukan beliau.

Pada masa yang sama, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat memahami situasi yang dialami oleh YB Abdul Karim Rahman Hamzah hingga menyebabkan beliau begitu marah sekali.

Politik provokasi ialah strategi politik pembangkang yang diguna pakai dari dulu hingga sekarang.

Apa yang hendak dicapai melalui politik provokasi ini ialah bukannya kebenaran, tetapi 'kesilapan' yang hendak dieksploitasi.

Pemimpin Barisan Nasional diprovokasi agar mereka marah sehingga mereka gagal menjawab pertuduhan (bukannya pertanyaan) melampau dengan jawapan yang sepatutnya.

Apabila pemimpin Barisan Nasional 'tersilap' tutur kata atau perbuatan akibat dari perasaan marah, pihak pembangkang kemudiannya akan menggunakan 'kesilapan' tersebut sebagai 'jawapan' kepada pertuduhan melampau yang telah mereka lemparkan.

Sekiranya benar, para pembangkang mencari kebenaran, dan bukannya kesilapan, strategi politik provokasi sepatutnya tidak digunapakai.

Tetapi apa yang kita lihat, rata-rata pemimpin pembangkang, baik di Semenanjung ataupun Sarawak, menggunakan strategi politik provokasi.

Penggunaan strategi politik provokasi ini sudah jelas menunjukkan bahawa pemimpin pembangkang bukannya berminat untuk mencari kebenaran kerana sekiranya kebenaran yang dicari, mereka tidak akan menang sebarang kerusi di Sarawak.

Sekiranya apa yang diperkatakan ini tidak benar, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak mencabar semua pemimpin pembangkang, terutamanya di Sarawak, agar membuktikan bahawa dakwaan ini tidak benar dengan menggantikan strategi politik provokasi dengan strategi politik 'gentleman'.

Sekiranya pihak pembangkang enggan membuang strategi politik provokasi jauh-jauh, ini hanya membawa satu makna sahaja - iaitu pihak pembangkang sebenarnya tidak berminat dengan kebenaran tetapi berminat untuk memanipulasi keadaan untuk mendapat simpati dari rakyat agar rakyat memberi mandat kepada mereka.

Sungguh licik Pakatan Rakyat !!!

Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................

Thursday, 2 August 2012

Fracas over postal votes at EC briefing

August 02, 2012

TICKED OFF: A file photo of the commotion during the EC question and
answer session on Wednesday.

KUCHING: A brief fracas broke out between PKR’s Dr Michael Teo and Assistant Housing Minister Abdul Karim Rahman Hamzah during a question and answer session at the Election Commission briefing here yesterday.

The incident erupted when Dr Teo claimed that the postal votes cast by uniformed personnel could be manipulated if the ballot boxes were not placed at the tallying centres after the voting process as it might lead to vote tampering.

This led to Abdul Karim retorting the claims by saying that Dr Teo was raising a stupid question.

An argument then ensued between them before Abdul Karim and his PBB colleagues walked out of the conference room.

The briefing was held to update political parties and media representatives on the latest election rules which will be implemented in the coming general election.

Later, Abdul Karim told reporters that it was wrong for Dr Teo to make an allegation.

“It was a question and answer session after the briefing and Dr Teo should have just asked relevant questions.

“It’s unfair for him to make that kind of unfounded allegation. So, after a brief argument with him, we just left the conference room,” he said.

State PKR chairman Baru Bian when contacted declined to comment on the matter.

Dr Teo contested in last year’s state election where he lost to SUPP’s Datuk Lee Kim Shin by a razor thin 58-vote majority.