Wednesday, 10 April 2013

PRU13: Pemuda memuji manifesto BN sebagai memenuhi aspirasi rakyat

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
10hb April 2013
(merujuk kepada '' Manifesto BN ")

Manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggambarkan satu aspirasi yang meluap-luap untuk membantu rakyat Malaysia agar memperolehi kehidupan yang lebih baik dari hari ini.

Sperti apa yang dikatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib ketika melancarkan Manifesto BN baru-baru ini, "Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif utama kita".

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak melihat ianya satu manifesto yang komprehensif yang menepati semangat 1Malaysia yang didokong oleh rakyat Malaysia.

Tumpuan yang diberikan tidak tertumpu hanya kepada satu kelompok sahaja tetapi merangkumi semua.

Antara lain, hasrat Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi lebih banyak keselesaan kepada rakyat melalui penyediaan barangan dan perkhidmatan asas di harga rendah amat dialu-alukan.

Ramai menyambut baik akujanji untuk memberi bantuan persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar dan Skim Baucher 1Malaysia RM300 akan membantu ibubapa meringankan beban kewangan.

Pada masa yang sama kenaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk keluarga, dan RM600 untuk mereka yang belum berkahwin sudah semestinya menggembirakan rakyat Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional juga tidak lupa untuk membantu rakyat dari segi berusaha untuk mengurangkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Ini tidak termasuk memperbanyakkan jumlah Klinik 1Malaysia, Pusat Penjagaan 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan memperkenalkan produk 1Malaysia products di stesen minyak dan hipermarket.

Akujanji-akujanji ini juga meliputi aspek-aspek lain seperti kesihatan, ekonomi, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan juga keselamatan.

Menyentuh aspek pengangkutan, akujanji untuk membina jalan Pan Borneo sepanjang 2,300 km dari Sematan ke Serudung di Sabah sudah semesti menggembirakan rakyat negeri Sarawak dan Sabah.

Ianya akan banyak mendatangkan faedah-faedah yang baik kepada penduduk di kedua-dua buah negeri.

Turut mendapat perhatian Kerajaan Barisan Nasional ialah hal ehwal wanita melalui akujanji untuk memperbanyakkan pembabitan wanita dalam semua bidang.

Keperluan untuk memberi perhatian kepada kehendak-kehendak generasi muda juga tidak dilupakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini bertujuan untuk membantu generasi muda agar bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam kepimpinan negara.

Untuk merealisasikan akujanji-akujnaji yang terkandung dalam manifesto ini, Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Kerajaan yang kuat akan berupaya untuk merealisasikan usaha untuk mentransformasikan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pada masa yang sama, kita perlu mempertahankan apa yang telah kita capai; dan kita hendaklah jangan memperjudikan masa hadapan kita.

Rekod pencapaian yang cemerlang seharusnya menjadi panduan kepada rakyat untuk memilih parti yang layak untuk membentuk kerajaan selepas pilihanaraya umum ke-13 nanti.

Selain dari itu, pengalaman mengurus masyarakat pelbagai bangsa patut diambil kira kerana tanpa adanya pengalaman, amat sukar kerajaan untuk berfungsi dengan baik dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga mesti menekankan aspek penggunaan pendekatan kesederhanaan ketika memilih parti yang hendak diberi mandat untuk mengurus negara.

Rekod perkongsian kuasa yang telah teruji juga mesti diberi perhatian.

Ini kerana untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, kerajaan yang dibentuk selepas pilihanraya ke-13 ini mesti mempunyai kriteria-kriteria tersebut.

Oleh itu Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menyeru rakyat Sarawak agar memberi mandat yang kuat kepada Barisan Nasional agar dapat meneruskan perjuangan untuk memakmurkan negara dan menambahkan kesejahteraan kepada rakyat.

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................


Untuk membaca manifesto Barisan Nasional, sila klik "SAYA UNDI BARISAN NASIONAL".

No comments:

Post a Comment