Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
25hb Julai 2012
(merujuk kepada ‘Bertempur’ dengan semangat 1BN, kata Rundi - Utusan Borneo)
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat bersetuju dengan gesaan Setiausaha Agung PBB Datuk Dr. Stephen Rundi Utom agar parti komponen Barisan Nasional tidak memfokus kepada perjuangan parti masing-masing tetapi perjuangan Barisan Nasional.
Sekiranya para penyokong Barisan Nasional leka dengan perjuangan parti masing-masing, ini akan memudahkan pembangkang menghancurkan perpaduan dikalangan para penyokong Barisan Nasional.
Kita sedia maklum bahawa pembangkang akan sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan perpaduan, bukan sahaja perpaduan dikalangan para pengundi tetapi juga perpaduan dikalangan para penyokong.
Inilah sikap pembangkang - sentiasa hendak memecah belah perpaduan kerana ketamakkan kuasa.
Atas sebab itu, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak memuji inisiatif yang diambil oleh komponen parti Barisan Nasional di Bandar Kuching dan Stampin untuk merapatkan lagi silaturrahim dikalangan para penyokong Barisan Nasional dikedua-dua kawasan parlimen tersebut.
Dengan adanya perpaduan yang makin kukuh dikalangan para penyokong Barisan Nasional, semakin cerah peluang untuk merampas kerusi Bandar Kuching dan mempertahankan kerusi Stampin.
HIDUP Barisan Nasional !!!
Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................