Showing posts with label Takziah. Show all posts
Showing posts with label Takziah. Show all posts

Monday, 21 September 2020

TAKZIAH kepada ahli keluarga Datuk Frederick Bayoi Manggie

SERIAN (Sept 21): Former Kedup assemblyman Datuk Frederick Bayoi Manggie has passed away at his residence in Taman Pasir in Serian today.

He was 77 years old.

News of Bayoi’s passing was confirmed by his wife Datin Diana Frederick, who said that prior to his death, he had underwent treatments in Kuching due to him suffering from various illnesses.

“(Before his passing) he has been in ill health. We spent a lot of time in Kuching for his treatments and today he has left us,” said Diana.

Wednesday, 22 June 2016

Keadilan segera untuk tangani jari-jari nakal yang cuba tangguk di air keruh dalam tragedi berdarah di Miri

Keadilan mengkehendaki kebenaran diperlihatkan dengan segara bagi tujuan memadamkan kekotoran-kekotoran yang dihasilkan oleh jari-jari hitam di laman sosial yang cuba untuk memberi gambaran nakal keatas tragedi berdarah di Miri.

Situasi murung dan sedih ahli keluarga mendiang Bill Kayong sewajarnya jangan dilanyak dengan cerita-cerita yang berbau politik yang seolah-olah cuba untuk meniup api kemarahan dikalangan ahli keluarga dan rakan-rakan mendiang.

Atas sebab ini, saya mengutuk sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk mengambil kesempatan dari tragedi oleh mana-mana pihak untuk memburukkan pihak yang lain tanpa terlebih dahulu mendengar keputusan siasatan oleh pihak berkuasa.

Saya juga mengutuk sekeras-kerasnya tragedi malang yang menimpa mendiang Bill Kayong - dan saya amat berharap pihak yang bersalah akan dibawa ke muka pengadilan dengan segera, dan menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan hina tersebut.

Saya amat berharap pihak polis akan berusaha keras untuk memastikan insiden seumpama itu tidak akan berlaku lagi di Bumi Kenyalang yang terkenal dengan toleransi dikalangan pelbagai kaum, agama dan pandangan politik.

Sunday, 20 July 2014

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tambi Jaee dan keluarga

Ketika rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi MH17, saya tidak menyangka sama sekali bahawa ada dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami kejadian malang tersebut dikenali saya.

Walau bagaimanapun hati kecil saya berdetik kerisauan apabila seorang jurutera wanita yang bekerja di Bintulu Development Authority dikatakan berada didalam pesawat yang malang tersebut.

Ini adalah kerana saya amat mengenali seseorang yang isterinya bekerja sebagai jurutera di BDA.

Apabila nama jurutera tersebut telah diketahui, maka kesedihan terus menyelinap dihati saya.

Saudara Tambi Jaee adalah kenalan saya ketika dia bekerja di Bintulu sebelum dia mencari rezeki di Kazakstan.
  

Friday, 21 June 2013

Ucapan TAKZIAH kepada ahli keluarga Adison King

Takzih kepada ahli keluarga mendiang Adison King serta sahabat handai diatas pemergian Saudara Adison, Ketua Pemuda PBB Bawang Assan, yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua. 

Saudara Adison King seorang yang bersemangat tinggi serta komited dalam perjuangan memertabatkan parti PBB serta banyak membantu masyarakat khususnya di kawasan Bawang Assan.

Jasa mendiang kepada Pergerakkan Pemuda PBB dan Parti PBB akan tetap dalam kenangan kita semua.

May his soul rest in PEACE.

Sekian. Terimakasih.

Monday, 27 August 2012

Pergerakkan Pemuda PBB Jepak mengucapkan TAKZIAH kepada keluarga mendiang Nathaneil Philip

Nathaneil Philip
R.I.P

Pergerakkan Pemuda PBB Jepak
mengucapkan TAKZIAH 
kepada
keluarga mendiang




Posted on August 27, 2012, Monday

SIBU: Akhbar Utusan Borneo kehilangan seorang editor bahagian sukannya, Nathaneil Philip, 36, yang meninggal dunia akibat serangan jantung di kediaman kakitangan sya­rikat akhbar itu di Kuching, awal pagi semalam.Mendiang yang berkelu­lusan Ijazah Sarjana Muda Sumber Manusia daripada Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) menghembuskan nafas terakhirnya ketika be­rada di kediamannya.

Mendiang meninggalkan seorang balu iaitu Catherine Ginau, 36, dari Mukah yang merupakan seorang guru yang mengajar di salah se­buah sekolah di daerah Bau serta dua anak iaitu Nicholas Lium berusia 11 tahun (Tahun Lima) dan Nickodemus Sauh, berusia lima tahun (tadika).

Mayat mendiang dibawa ke rumah ayahnya di Kampung Bahagia Jaya, Teku di sini dan tiba pada jam 11 pagi setelah bertolak dari Kuching pada jam 5 pagi.