Showing posts with label Laporan Polis. Show all posts
Showing posts with label Laporan Polis. Show all posts

Friday, 21 September 2012

Demo dan protes aman - diakhiri dengan laporan polis terhadap filem dan Ngeh

September 21, 2012



KUCHING: Naib Ketua Pemuda PBB Pandi Suhaili menggesa semua rakyat mesti bersatu untuk menentang sebarang usaha negatif yang bertujuan untuk merosakkan keharmonian diantara agama.

Beliau berkata sekiranya berlaku pertelingkahan diantara agama, semua pihak akan kerugian.

"Kita seharusnya bersyukur kerana sebagai rakyat Malaysia, kita tidak mengalami pengalaman pahit akibat dari pertelingkahan diantara agama seperti apa yang berlaku di negara-negara lain.
  

Tuesday, 18 September 2012

Nembiak PBB Zon Utara ngaga riput polis ke atas seiku panel TV1 ‘Bicara Kampus’

Utusan Borneo
Posted on September 18, 2012, Tuesday

PEMAIK DIJAGA: Raban nembiak PBB zon utara begelumu ba Balai Polis Sibu udah ngaga
riput polis ba Mohd Yusri.

KUCHING: Bisi 200 iku ra­ban nembiak ari 23 pampang Nembiak PBB ba menua tengah begelumu ba balai polis Sibu empai lama ke udah sereta ngaga riput polis ke atas seiku raban panel TV1 ‘Bic­ara Kampus’ ti mega pelajar UKM, Mohd Yusri Idrus, ke ngaga komen ngemaruhka Sarawak.

Nitihku mandal Chairman nembiak PBB Pandi Suhaili, riput polis nya digaga ngam­bika pemaik ke diasai ba Malaysia enda dikena ngatur pengawa ke enda menuku nyengkaum pekara bula ti balat nyima peranak Sarawak ke dibantai Mohd Yusri maya program ba TV nya.

“Rebak baru aruh meretika sejarah penumbuh Malaysia lalu enda meda pekara nya nyadika pekara sempiar aja. Tu ngenukuka pemaik ke diasai kengkah penumbuh Malaysia aruh ditan sereta diseridi,” ku iya.

Saturday, 15 September 2012

Rais: Malaysia sekat Innocence of Muslims, SKMM diarah tindak

Sinar Harian
Tarikh: September 15, 2012

BINTULU - Malaysia akan menyekat penyiaran filem Innocence of Muslims yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia kerana menghina Nabi Muhammad SAW berikutan motif filem tersebut jelas menghina agama Islam.
   
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, negara Islam lain seperti Indonesia dan Timur Tengah telah melakukan tindakan menyekat penyiaran filem tersebut dan Malaysia akan mengikut jejak yang sama.
   
"Saya telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk berunding terus dengan pihak berkuasa lain supaya tidak membenarkan akses kepada paparan itu sama ada melalui Youtube atau pun saluran lain," katanya.
   
Beliau berkata demikian selepas menutup bengkel literasi ICT untuk Ketua-ketua Masyarakat Daerah Bintulu di Pusat Internet 1Malaysia Kampung Penan Muslim di sini hari ini.
   
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dipetik berkata tindakan segera belum diambil dengan menghalang filem tersebut diedar di negara dan mencadangkan filem tersebut diharam daripada disiar di negara ini.