Sunday 29 September 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 29hb September 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
29hb September 2013
(merujuk kepada '' They ‘hike’ for those who feel 20 sen pinch ")

Sambutan yang hambar terhadap protes aman kenaikkan minyak sebanyak 20 sen menunjukkan bahawa pembangkang tidak mendapat tempat di negeri Sarawak.

Rata-rata rakyat Sarawak tidak menyukai politik demonstrasi jalanan yang didokong oleh pihak pembangkang seolah-olah ia (politik demonstrasi jalanan) adalah satu-satunya bukti hidupnya demokrasi.

Pihak penganjur cuba untuk bermain kata-kata seolah-olah misi telah dicapai tetapi hakikatnya, kecantikkan kata-kata tersebut gagal digambarkan melalui kehadiran yang hanya dikatakan sekira 30 hingga 40 orang sahaja.

Bahkan protes aman tersebut ditolak bulat-bulat oleh penyokong pembangkang sendiri.

Adakah ini menggambarkan bahawa DAP dan PKR sudah tidak sehaluan lagi memandangkan protes aman ini nampaknya didalangi oleh pihak DAP?

Rakyat Sarawak tidak dapat memperjudikan nasib mereka dengan memilih pakatan pembangkang yang obses dengan agenda bunuh-membunuh rakan seperjuangan.

Ini berbeza dengan Barisan Nasional yang memberi tumpuan kepada agenda pembangunan agar rakyat dapat menikmati hasil-hasil pembangunan.

Pada masa yang sama Kerajaan Barisan Nasional peka dengan keluhan dan luahan hati rakyat.

Bukan sahaja tertumpu kepada isu kenaikkan harga minyak tetapi juga isu-isu yang lain.

Ada banyak saluran-saluran yang boleh rakyat Sarawak gunakan untuk menyatakan rasa tidak gembira kepada kerajaan Barisan Nasional. 

Oleh itu mengapa perlu berdemonstrasi? Adakah pihak penganjur inginkan publisiti murahan dari gimik protes aman ini?

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................