Showing posts with label Jalur Gemilang. Show all posts
Showing posts with label Jalur Gemilang. Show all posts

Thursday, 9 August 2012

`Tweet shows opposition crazy for power’

by Yunus Yussop, reporters@theborneopost.com. 
Posted on August 9, 2012, Thursday

BINTULU: Sarawakians must reject the subversive politics of the opposition for they put fanaticism for power before national unity.

PBB Youth vice president Pandi Suhaili said a clear example of this was the tweet by former Perak Mentri Besar Datuk Seri Nizar Jamaluddin which openly ridiculed the national flag.

“It was done purely on the basis of hatred for the Barisan Nasional which was elected by the people. They are trying to persuade the people to show the same attitude towards the Barisan Nasional.”

He said the bigotry displayed by the opposition meant they were willing to do anything to smear the mandate given by the people for the ruling BN.

Wednesday, 8 August 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili - 08 Ogos 2012

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
08hb Ogos 2012
(merujuk kepada 
- The Star)

Rakyat Sarawak mesti menolak politik pembangkang yang memecahbelahkan perpaduan rakyat demi ketaksuban kuasa.

Perbuatan bekas Menteri Besar  Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS yang menggelar Jalur Gemilang sebagai jalur malang adalah sesuatu yang terang-terang memperlekehkan bendera negara Malaysia.

Ini dilakukan semata-mata kerana atas dasar rasa benci terhadap kerajaan Barisan Nasional yang telah dipilih oleh rakyat - dan cuba untuk memujuk rakyat agar menunjukkan sikap yang sama terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Ketaksuban mereka terhadap kuasa sehingga sanggup untuk memperlekehkan Jalur Gemilang dan kerajaan Barisan Nasional yang dipilih oleh rakyat menunjukkan pihak pembangkang sanggup untuk berbuat apa sahaja untuk memburuk-burukkan mandat yang diberikan oleh rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sekiranya rakyat Sarawak terikut-ikut dengan politik subversif yang didokong oleh pihak pembangkang, yang menerima akibatnya ialah semua rakyat Sarawak.

Sarawak tidak mampu untuk diheret oleh pihak pembangkang ke dalam dunia politik subversif memandangkan Sarawak amat memerlukan perpaduan yang utuh dikalangan rakyat untuk bersama-sama membangunkan negeri tercinta ini.

Oleh itu, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak menggesa semua rakyat Sarawak agar menolak politik sempit yang bersifat subversif dan bukannya membina yang didokong oleh pihak pembangkang.

Perpaduan dikalangan rakyat adalah penting kerana tanpa perpaduan, semua usaha kearah membangunkan negeri tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................