Friday 25 July 2014

Kelangsungan politik yang menjadi taruhan dan bukannya kerusi tradisional!

Rakan-rakan dalam Barisan Nasional Sarawak gemar untuk berhujah parti tulang belakang Barisan Nasional Sarawak akan turut bersikap marah seperti mereka sekiranya kerusi parti tersebut diambil oleh parti lain yang bukan dalam Barisan Nasional tetapi mendakwa pro-Barisan Nasional.

Dan ada diantara mereka yang begitu lantang mengatakan biar PBB sahaja memberi kerusi parti tersebut kepada TERAS dan UPP; dan kerusi yang ada pada kedua-dua parti tersebut dikembalikan kepada SPDP dan SUPP.

Dan ada juga yang berkata jumlah kerusi tradisional yang dimiliki oleh mereka ialah 36 ialah melebihi sebanyak satu kerusi dari kerusi milik PBB.

Yang menggelikan hati ialah tidak dinyatakan daripada 36 kerusi, berapa kerusi yang mampu dimenangi.

Kuasa yang diperolehi melalui pilihanraya dimiliki bukan berdasarkan kepada berapa kerusi tradisional yang dimiliki atas kertas tetapi berapa kerusi tradisional yang dimenangi.

Monday 21 July 2014

PAS Sarawak akan 'jual' hudud sepertimana PAS Pusat 'jual' Negara Islam

Menyentuh dengan desakan DAP Sarawak agar PAS Sarawak menyatakan pendirian mengenai perlaksanaan hudud di Sarawak, saya tidak menjangka sebarang tentangan hebat daripada PAS Sarawak maupun ahli-ahlinya terhadap ugutan DAP Sarawak akan keluar daripada Pakatan Rakyat diperingkat negeri Sarawak sekiranya PAS Sarawak berdegil untuk melaksanakan hudud di Sarawak.

Semua sedia maklum, agama Islam hanyalah komoditi politik parti PAS yang kononnya dipimpin oleh ulamak-ulamak (yang tidak segan silu menolak Negara Islam semata-mata kemaruk berkuasa).

Atas sebab ini, saya menjangka PAS Sarawak akan menolak hudud memandangkan kuasa politik lebih penting daripada perjuangan untuk menegakkan hudud ala-PAS.

Bagi Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP), kuasa adalah segala-galanya.

Negara Islam sudah dibuang. Maka sekarang giliran hudud.

Sunday 20 July 2014

Al-Fatihah untuk Allahyarham Tambi Jaee dan keluarga

Ketika rakyat Malaysia dikejutkan dengan tragedi MH17, saya tidak menyangka sama sekali bahawa ada dikalangan rakyat Malaysia yang mengalami kejadian malang tersebut dikenali saya.

Walau bagaimanapun hati kecil saya berdetik kerisauan apabila seorang jurutera wanita yang bekerja di Bintulu Development Authority dikatakan berada didalam pesawat yang malang tersebut.

Ini adalah kerana saya amat mengenali seseorang yang isterinya bekerja sebagai jurutera di BDA.

Apabila nama jurutera tersebut telah diketahui, maka kesedihan terus menyelinap dihati saya.

Saudara Tambi Jaee adalah kenalan saya ketika dia bekerja di Bintulu sebelum dia mencari rezeki di Kazakstan.
  

Thursday 17 July 2014

Perpaduan utuh pelbagai kaum di Sarawak sukar digugat oleh elemen ektrimis

Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab ubtuk memastikan elemen perkauman melampau dalam masyarakat masing-masing dibendung ketahap yang akan menjamin kestabilan dan keharmonian di Sarawak.

Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli berpotensi untuk membawa anak-anak Sarawak ke era yang gilang gemilang yang memberi kemakmuran kepada semua.

Malangnya ini tidak akan tercapai sekiranya kita memejamkan mata kita apabila ada suara-suara sumbang yang cuba mempengaruhi kita agar mengambil pendekatan melampau dalam menjalani kehidupan bersama-sama dengan masyarakat lain.

Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya semua masyarakat di Bumi Kenyalang gagal mengawal puak pelampau dalam kelompok mereka?

Sudah tentu ini akan mengundang kekacauan yang menyusahkan semua ahli masyarakat!

Wednesday 16 July 2014

"DAP Sarawak wants Lim Kit Siang to remove son as Penang CM" ?

Sepatutnya artikel yang dipaparkan di The Malaysian Insider mempunyai tajuk yang dinyatakan diatas; dan bukannya "DAP wants Jabu to remove son from Sesco board".

Dan didalam artikel "DAP Sarawak wants Lim Kit Siang to remove son as Penang CM" tersebut, YB Chong Chieng Jen sepatutnya bertanya: “Was Guan Eng appointed because he is the son of Lim Kit Siang, the iron-fist leader of DAP?"

Sekiranya YB Chong berhujah Guan Eng layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan atas sebab dia anak Lim Kit Siang, saya juga ingin  menegaskan disini Gerald Rentap layak untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Sesco bukan atas sebab dia anak Tan Sri Alfred Jabu.

YB Chong sepatutnya melihat perlantikkan Gerald Rentap dari perspektif yang lebih luas - iaitu dari sudut sumbangan Timbalan Ketua Pemuda PBB kepada Sesco.

Setelah berada bersama-sama Gerald Rentap didalam sayap Pemuda PBB selama 9 tahun, saya amat yakin diatas kemampuan anak Tan Sri Alfred Jabu untuk berdiri diatas kemampuannya sendiri dan bukannya seperti Lim Guan Eng yang terpaksa sepanjang masa bergantung dengan 'kuasa' ayahnya atas sebab 'merampas' kerusi KM Pulau Pinang daripada orang Pulau Pinang.

Saya bangga dengan perlantikkan Gerald Rentap sebagai ahli Lembaga Pengarah Sesco dan yakin Sesco akan mendapat manfaat dari perlantikkannya.

Tuesday 15 July 2014

Pemuda PBB usah gentar sahut cabaran DAP dan YB Chong

Tindakan Pengerusi DAP Chong Chieng Jen untuk 'mempromosi' partinya melalui Program Reformasi Polisi 10-Poin adalah satu tindakan yang bijak kerana ianya mampu memberi gambaran bahawa DAP adalah parti yang putih bersih dan suci dari sebarang kekotoran.

Malangnya semua sedia maklum bahawa DAP turut terpalit dengan kekotoran-kekotoran yang sebelum ini selalu dilempar kearah Barisan Nasional.

Bukti-bukti yang jelas ialah apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Saya bersetuju dengan saranan agar YB Chong sepatutnya terlebih dahulu memastikan partinya bersih dari segala pertuduhan nepotism, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya sebelum cuba untuk mengajar kerajaan Barisan Nasional Sarawak bagaimana untuk mentadbir Sarawak.

Oleh itu, secara peribadi saya melihat pelawaan ataupun cabaran untuk berdebat ataupun mengadakan forum adalah satu perkembangan yang sihat yang boleh membantu Pemuda PBB menepis pertuduhan-pertuduhan liar DAP dan pengerusinya YB Chong. 

Pemuda PBB tidak harus gentar berhadapan dengan pihak pembangkang yang hanya tahu mengapi-apikan kebencian terhadap Barisan Nasional Sarawak, khususnya, dan Barisan Nasional Pusat, amnya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak mesti terlebih dahulu bersetuju dengan format forum ataupun perdebatan yang akan diadakan.

Thursday 27 February 2014

Pembangkang digesa jangan teruskan rancangan perhimpunan haram pada Sabtu ini di Kuching

Pembangkang hanya akan mengundangk kemarahan rakyat Sarawak sekiranya mereka meneruskan niat untuk membuat perhimpunan haram membantah perlantikkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Tuan Yang Terutama Negeri Sarawak pada hari Sabtu ini di Kuching.

Sumbangan Taib kepada pembangunan negeri Sarawak amatlah besar sehingga melayakkannya digelar sebagai Bapa Pembangunan Moden Sarawak.

Atas dasar tersebut, Taib adalah seorang calon yang layak untuk dilantik sebagai TYT sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri Sarawak.

Keengganan pihak pembangkang mengakui hakikat ini menunjukkan mereka hanya mengamalkan politik negatif yang enggan melihat sebarang kebaikkan yang ada pada pihak lawan.

Negeri Sarawak memerlukan pembangkang yang mempunyai minda yang 'professional' yang dapat membantu Sarawak maju kehadapan; dan bukannya pembangkang yang mempunyai minda busuk dan jahat yang hanya bertujuan untuk mencari publisiti murahan dengan mengadakan perhimpunan haram untuk mendapatkan perhatian rakyat Sarawak.

Perhimpunan haram ini hanya akan mengukuhkan lagi pandangan bahawa pihak pembangkang terdiri dari mereka yang tidak mempunyai sikap berterimakasih kepada pihak yang telah bertungkus lumus membangunkan Sarawak sehingga ramai orang Sarawak - termasuk pihak pembangkang sendiri dan anak-anak mereka - mampu mendapatkan pendidikan tinggi dan kemudiannya mendapat pekerjaan yang menawarkan gaji yang lumayan.

Sikap tidak berterimakasih ini amat menjengkelkan.