Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab ubtuk memastikan elemen perkauman melampau dalam masyarakat masing-masing dibendung ketahap yang akan menjamin kestabilan dan keharmonian di Sarawak.
Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli berpotensi untuk membawa anak-anak Sarawak ke era yang gilang gemilang yang memberi kemakmuran kepada semua.
Malangnya ini tidak akan tercapai sekiranya kita memejamkan mata kita apabila ada suara-suara sumbang yang cuba mempengaruhi kita agar mengambil pendekatan melampau dalam menjalani kehidupan bersama-sama dengan masyarakat lain.
Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya semua masyarakat di Bumi Kenyalang gagal mengawal puak pelampau dalam kelompok mereka?
Sudah tentu ini akan mengundang kekacauan yang menyusahkan semua ahli masyarakat!