Showing posts with label Kalimah ALLAH. Show all posts
Showing posts with label Kalimah ALLAH. Show all posts

Monday, 21 January 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Januari 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
21hb Januari 2013

Keluar dari Pakatan Rakyat adalah satu-satunya pilihan yang terbaik untuk PAS bagi tujuan mengelakkan parti tersebut terus dipergunakan dan dimalukan oleh PKR dan DAP.

Buat masa ini, pemimpin utama PAS kelihatan seperti lembu yang ditarik hidung dengan tali oleh PKR dan DAP.

PAS banyak membuat pengorbanan, termasuk mengorbankan perjuangan 'suci' parti untuk mendirikan negara Islam, demi menjaga hati PKR dan DAP.

Isu kalimah ALLAH ini telah banyak membantu memberi bukti yang jelas dan kukuh kepada rakyat tentang kebodohan PAS, dan kelicikkan PKR dan DAP.

Mungkin penyokong PAS boleh memejam mata dan meneruskan sokongan kepada PAS apabila pemimpin utama parti menyetujui desakkan PKR dan DAP agar membenarkan agama bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Tetapi apabila pemimpin utama PAS membuat keputusan 'mengejut' untuk bersetuju dengan Dewan Syura PAS, adalah sukar untuk penyokong PAS terus mempertahankan parti.

Dari mula lagi, umum mengetahui bahawa ahli-ahli Dewan Syura PAS memang tidak menyenangi sebarang keputusan yang membolehkan bukan agama Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Sepatutnya pemimpin utama PAS memanggil Dewan Syura PAS untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan mereka.

Tetapi malangnya pemimpin utama PAS enggan berbuat demikian demi menjaga hati PKR dan DAP.

Sekarang sudah nyata, tanpa perlu bersuluh lagi, bahawa PKR dan DAP telah dengan sengaja dan berniat jahat untuk mempergunakan dan memalukan PAS demi kepentingan politik mereka.

Imej Islam yang digunakan oleh PAS sekian lama telah hancur berkecai oleh PKR dan DAP.

Sekarang PAS tidak lagi memiliki kredibiliti untuk bercakap tentang Islam.

Tindakkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang enggan memperakui keputusan Majlis Syura PAS dilihat sebagai satu usaha oleh PKR dan DAP untuk terus memperbodohkan PAS dan meranapkan imej Islam PAS.

Sekarang, ternyatalah bahawa musuh sebenar PAS ialah bukannya Umno atau BN, tetapi rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.

Memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi, PAS sebenarnya mempunyai peluang besar untuk menghukum PKR dan DAP kerana memperbodohkan dan memalukan PAS dan pemimpin utama serta menghancurkan kredibiliti PAS dan pemimpin utama untuk berjuang atas nama Islam. 

Iaitu menarik diri dari Pakatan Rakyat; dan seterusnya membantu BN menewaskan PKR dan DAP dalam PRU-13.

Jangan biarkan PKR dan DAP terus memperbodohkan, memalukan dan menghancurkan kredibiliti PAS dan pemimpin utama.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................