Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
04hb September 2012
(merujuk kepada '' Wong Judat kini sah ahli SWP " - Utusan Borneo)
Tahniah diucapkan kepada YB Wong Judat diatas perlantikkan beliau sebagai salah seorang Naib Presiden Parti Pekerja Sarawak (SWP).
Walau bagaimanapun, pada masa yang sama beliau mesti melepaskan kerusi Meluan yang telah dimenangi beliau ketika bertanding sebagai calon parti Barisan Nasional.
Sekiranya, beliau bersikap 'gentleman' dan yakin dengan kekuatan akar umbi yang menyokong beliau, tidaklah menjadi satu masalah untuk beliau berbuat demikian.
Rakyat dan pengundi Meluan berhak untuk menentukan sekarang samada beliau masih lagi diperlukan di Meluan; dan bukannya menunggu pilihanraya negeri yang akan datang.
Beliau memperlekehkan sokongan pengundi sekiranya beliau enggan berbuat demikian.
Beliau boleh memanggil semua penyokong beliau untuk membuat kenyataan akhbar ataupun berhimpun untuk membuktikan bahawa beliau masih mendapat sokongan padu di Meluan.
Tapi hakikatnya, yang memenangkan beliau di Melaun dalam pilihanraya yang lepas bukannya sahaja undi dari penyokong beliau tetapi juga dari penyokong Barisan Nasional.
Parti Barisan Nasional lebih besar dari mana-mana pemimpin, termasuk beliau.
Akhirkata, buktikan sokongan padu yang digembar-gemburkan kepada rakyat Meluan; dan bukan hanya bermain kata-kata.
Sekian. Terimakasih.
........................................................................................
Sekian. Terimakasih.
........................................................................................