Showing posts with label BN. Show all posts
Showing posts with label BN. Show all posts

Tuesday, 15 July 2014

Pemuda PBB usah gentar sahut cabaran DAP dan YB Chong

Tindakan Pengerusi DAP Chong Chieng Jen untuk 'mempromosi' partinya melalui Program Reformasi Polisi 10-Poin adalah satu tindakan yang bijak kerana ianya mampu memberi gambaran bahawa DAP adalah parti yang putih bersih dan suci dari sebarang kekotoran.

Malangnya semua sedia maklum bahawa DAP turut terpalit dengan kekotoran-kekotoran yang sebelum ini selalu dilempar kearah Barisan Nasional.

Bukti-bukti yang jelas ialah apa yang berlaku di Pulau Pinang.

Saya bersetuju dengan saranan agar YB Chong sepatutnya terlebih dahulu memastikan partinya bersih dari segala pertuduhan nepotism, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya sebelum cuba untuk mengajar kerajaan Barisan Nasional Sarawak bagaimana untuk mentadbir Sarawak.

Oleh itu, secara peribadi saya melihat pelawaan ataupun cabaran untuk berdebat ataupun mengadakan forum adalah satu perkembangan yang sihat yang boleh membantu Pemuda PBB menepis pertuduhan-pertuduhan liar DAP dan pengerusinya YB Chong. 

Pemuda PBB tidak harus gentar berhadapan dengan pihak pembangkang yang hanya tahu mengapi-apikan kebencian terhadap Barisan Nasional Sarawak, khususnya, dan Barisan Nasional Pusat, amnya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak mesti terlebih dahulu bersetuju dengan format forum ataupun perdebatan yang akan diadakan.

Tuesday, 1 October 2013

Protes hambar bukti pembangkang tiada tempat di Sarawak


KUCHING: Sambutan hambar terhadap protes aman kenaikan harga minyak menunjukkan pembangkang tidak mendapat tempat di Sarawak, kata Naib Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pandi Suhaili.

Menurutnya rata-rata rakyat Sarawak tidak menyukai politik demonstrasi jalanan yang didukung oleh pihak pembangkang seolah-olah ia adalah satu-satunya bukti demokrasi.

“Penganjur cuba bermain kata-kata seolah-olah misi telah dicapai tetapi hakikatnya kecantikan kata-kata tersebut gagal digambarkan melalui kehadiran yang hanya dikatakan antara 30 hingga 40 orang sahaja.

“Bahkan protes aman tersebut ditolak bulat-bulat oleh penyokong pembangksang sendiri,” katanya menerusi satu kenyataan media kelmarin.

Kelmarin sekumpulan pihak tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan menaikkan harga minyak baru-baru ini mengadakan perhimpunan aman di Padang Merdeka.

Wednesday, 17 April 2013

Kebongkakan Chong buatkan dia gagal lihat realiti politik Sarawak



BINTULU: Kebongkakan Setiausaha Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen membuatkan dia gagal melihat realiti politik semasa yang sedang berlaku di negeri ini, kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jepak Pandi Suhaili.

“Mungkin dia (Chong) beranggapan rakyat di negeri ini mudah dihasut sebagaimana yang dilakukan oleh DAP pada Pilihan Raya Negeri yang lalu sehingga menyebabkan kerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) jatuh ke tangan mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam blognya bagi merujuk kepada ‘Chong to Taib: Your last day in office is on April 15.

Jelasnya, sekiranya Chong berpendapat dengan bercakap tentang Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan menyebabkan kaum Cina kembali menyokong mereka (DAP), Pergerakan Pemuda PBB ingin menegaskan bahawa andaian Chong adalah meleset sama sekali.

“Pihak yang harus ditentang oleh DAP agar rakyat kembali menyokong parti berkenaan ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kerana parti terbabit adalah diibaratkan sebagai duri dalam daging buat DAP meskipun mereka bergerak seiring dalam Pakatan Rakyat (PR),” ujarnya.

Chong, katanya boleh berlakon seolah-olah kehadiran PAS dalam PR membantu DAP tetapi mereka harus ingat bahawa hakikatnya ramai rakyat Malaysia terutama kaum Cina kurang senang dengan PAS.

Tuesday, 16 April 2013

PRU13: Chong patut malu kerana cuba untuk mengalihkan perhatian rakyat

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
16hb April 2013
(merujuk kepada '' Chong to Taib: Your last day in office is on April 15 ")

Kebongkakkan Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen membuatkan dia gagal untuk melihat realiti politik semasa yang sedang berlaku.

Dia beranggapan rakyat mudah untuk dihasut sebagaimana mereka berjaya menghasut rakyat dalam pilihanraya negeri yang lepas sehingga beberapa kerusi SUPP jatuh ditangan mereka.

Sekiranya Chong berpendapat dengan bercakap tentang Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan menyebabkan kaum Cina kembali memberi sokongan kepada mereka, Pergerakan Pemuda PBB Sarawak ingin menegaskan disini bahawa perkiraan Chong salah dan meleset sama sekali.

Pihak yang patut ditentang oleh DAP agar rakyat kembali semula menyokong DAP ialah PAS.

PAS adalah duri dalam daging dalam DAP.

Chong boleh berlakon seolah-olah kehadiran PAS dalam Pakatan Pembangkang membantu DAP.

Tetapi hakikatnya, ramai rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina, merasa kurang senang dengan PAS.

Bukti ialah jumlah kehadiran penyokong di ceramah-ceramah DAP yang amat memalukan, iaitu begitu sedikit sekali, berbanding dengan dakwaan-dakwaan bahawa rakyat menyokong perjuangan mereka.

Adakah DAP hendak membantu PAS mendirikan negara kebajikan yang bertunjangkan kepada Islam?

Adakah Chong pasti para penyokong DAP bersetuju?

Adakah Chong percaya isu negara kebajikan bertunjangkan kepada Islam kurang penting berbanding dengan isu bila Pehin Sri hendak bersara?

Chong boleh membohongi dirinya tetapi dia tidak boleh membohongi rakyat yang memerhati dengan serius kemesraan DAP dengan PAS dalam membantu mewujudkan negara kebajikan bertunjangkan Islam.

Menjelang pilihanraya negeri yang lepas, Chong dengan niat jahat menakutkan rakyat dengan berkata rakyat akan makan rumput sekiranya Barisan Nasional menang.

Dua tahun sudah berlalu tiada seorang rakyat pun makan rumput. Bahkan Chong sendiri tidak makan rumput!

Tetapi mungkin dia terpaksa melakukan lakonan memakan rumput untuk menipu rakyat bahawa ada seorang rakyat yang makan rumput.

Seorang rakyat yang dimaksudkan oleh Chong ialah dia sendiri!

Dan dia kemudiannya menyalahkan PBB ataupun SUPP ataupun Barisan Nasional kerana mengambil video dia makan rumput dengan harapan rakyat akan simpati denganya?!

DAP hanya menang beberapa kerusi DUN dalam piliharaya negeri yang lepas, tetapi berlagak seolah-olah memenangi 2/3 dari kerusi DUN Sarawak.

Ciri-ciri kediktatoran kepimpinan DAP amat terselah sekali.

Oleh itu, tidak mengejutkan ahli-ahli DAP dibuang dari parti begitu sahaja tanpa perlu diberi peluang untuk membela diri!

Pehin Sri telah mendapat mandat dari rakyat untuk menjadi Ketua Menteri selepas pilihanraya negeri yang lepas.

Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak amat yakin rakyat amat menyenangi kepimpinan Pehin Sri yang mampu membawa rakyat Sarawak, termasuk penyokong pembangkang dan anak-anak mereka, menikmati pembangunan yang mungkin tidak pernah mereka bayangkan selama ini.

Chong patut malu kerana mendesak Pehin Sri untuk berundur atas sebab ingin mengaburi mata rakyat terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh DAP dalam Pakatan Pembangkang.

Rakyat negeri Sarawak tidak bodoh seperti yang dianggap oleh Chong.

Selesaikan masalah DAP dengan PAS dan PKR; dan bukannya cuba untuk memperbodohkan rakyat.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat yakin majoriti rakyat Sarawak masih mahu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud meneruskan khidmat cemerlangnya agar matlamat Sarawak menjadi negeri maju pada 2030 dapat tercapai.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak juga mahu Pehin Sri Abdul Taib Mahmud terus kekal menerajui kepimpinan parti kerana masih banyak agenda besar yang memerlukan khidmat serta pengalaman beliau terutama kesinambungan gelombang kedua Politik Pembangunan yang dipelopori oleh beliau.

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak amat berharap rakyat bersama Barisan Nasional menolak DAP dan Pakatan Pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13 ini.

Hidup BN! Hidup Datuk Seri Najib Tun Razak! Hidup Pehin Sri Abdul Taib Mahmud!

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Wednesday, 10 April 2013

PRU13: Pemuda memuji manifesto BN sebagai memenuhi aspirasi rakyat

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
10hb April 2013
(merujuk kepada '' Manifesto BN ")

Manifesto yang dilancarkan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini menggambarkan satu aspirasi yang meluap-luap untuk membantu rakyat Malaysia agar memperolehi kehidupan yang lebih baik dari hari ini.

Sperti apa yang dikatakan oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib ketika melancarkan Manifesto BN baru-baru ini, "Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat adalah objektif utama kita".

Pergerakan Pemuda PBB Sarawak melihat ianya satu manifesto yang komprehensif yang menepati semangat 1Malaysia yang didokong oleh rakyat Malaysia.

Tumpuan yang diberikan tidak tertumpu hanya kepada satu kelompok sahaja tetapi merangkumi semua.

Antara lain, hasrat Kerajaan Barisan Nasional untuk memberi lebih banyak keselesaan kepada rakyat melalui penyediaan barangan dan perkhidmatan asas di harga rendah amat dialu-alukan.

Ramai menyambut baik akujanji untuk memberi bantuan persekolahan sebanyak RM150 untuk setiap pelajar dan Skim Baucher 1Malaysia RM300 akan membantu ibubapa meringankan beban kewangan.

Pada masa yang sama kenaikkan jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada RM1,200 untuk keluarga, dan RM600 untuk mereka yang belum berkahwin sudah semestinya menggembirakan rakyat Malaysia.

Kerajaan Barisan Nasional juga tidak lupa untuk membantu rakyat dari segi berusaha untuk mengurangkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus.

Ini tidak termasuk memperbanyakkan jumlah Klinik 1Malaysia, Pusat Penjagaan 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia dan memperkenalkan produk 1Malaysia products di stesen minyak dan hipermarket.

Akujanji-akujanji ini juga meliputi aspek-aspek lain seperti kesihatan, ekonomi, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan juga keselamatan.

Menyentuh aspek pengangkutan, akujanji untuk membina jalan Pan Borneo sepanjang 2,300 km dari Sematan ke Serudung di Sabah sudah semesti menggembirakan rakyat negeri Sarawak dan Sabah.

Ianya akan banyak mendatangkan faedah-faedah yang baik kepada penduduk di kedua-dua buah negeri.

Turut mendapat perhatian Kerajaan Barisan Nasional ialah hal ehwal wanita melalui akujanji untuk memperbanyakkan pembabitan wanita dalam semua bidang.

Keperluan untuk memberi perhatian kepada kehendak-kehendak generasi muda juga tidak dilupakan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Ini bertujuan untuk membantu generasi muda agar bersedia untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam kepimpinan negara.

Untuk merealisasikan akujanji-akujnaji yang terkandung dalam manifesto ini, Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang kuat dan stabil.

Kerajaan yang kuat akan berupaya untuk merealisasikan usaha untuk mentransformasikan negara menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

Pada masa yang sama, kita perlu mempertahankan apa yang telah kita capai; dan kita hendaklah jangan memperjudikan masa hadapan kita.

Rekod pencapaian yang cemerlang seharusnya menjadi panduan kepada rakyat untuk memilih parti yang layak untuk membentuk kerajaan selepas pilihanaraya umum ke-13 nanti.

Selain dari itu, pengalaman mengurus masyarakat pelbagai bangsa patut diambil kira kerana tanpa adanya pengalaman, amat sukar kerajaan untuk berfungsi dengan baik dapat memberikan perkhidmatan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga mesti menekankan aspek penggunaan pendekatan kesederhanaan ketika memilih parti yang hendak diberi mandat untuk mengurus negara.

Rekod perkongsian kuasa yang telah teruji juga mesti diberi perhatian.

Ini kerana untuk memenuhi harapan dan aspirasi rakyat, kerajaan yang dibentuk selepas pilihanraya ke-13 ini mesti mempunyai kriteria-kriteria tersebut.

Oleh itu Pergerakan Pemuda PBB Sarawak menyeru rakyat Sarawak agar memberi mandat yang kuat kepada Barisan Nasional agar dapat meneruskan perjuangan untuk memakmurkan negara dan menambahkan kesejahteraan kepada rakyat.

Sekian. Terimakasih.

.........................................................................................

Wednesday, 3 April 2013

100 pencapaian Najib yang tidak akan disiarkan dalam media pembangkang




100 PENCAPAIAN DS @NajibRazak YANG TIDAK AKAN DISIARKAN DALAM MEDIA PEMBANGKANG! #PRU13

Berikut ialah antara pembaharuan yang dibawa dan pencapaian yang dilakar Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang empat tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia, sejak dilantik pada 3 April 2009:


1. KESEJAHTERAAN RAKYAT/ PRODUK 1MALAYSIA

* 5 April 2009 - Memperkenal konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

* 11 Julai 2009 - Sempena genap 100 hari menjadi perdana menteri, Najib umum11 langkah mesra rakyat antaranya penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

* 7 Jan 2010 - Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

* 31 Jan 2010 - Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

* 28 Jan 2010 - Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.


Taib: BN Sarawak sudah sedia hadapi PRU-13



BN Sarawak sudah sedia hadapi PRU-13
2013/04/03 - 12:50:09 PM

Petra Jaya: Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata Barisan Nasional (BN) Sarawak sudah bersedia sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.
 

Pembubaran Parlimen ke-13

Datuk Seri Najib Tun Razak
2013/04/03 - 12:43:19 PM 

Bismillahirrahmanirrahim, 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia 

Rakyat Malaysia yang dikasihi, 

Pertama-tamanya marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatnya saya dan Timbalan Perdana Menteri dapat bersama-sama secara langsung dengan Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian pada pagi ini. 

Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia bahawa pada pagi ini saya telah pun menghadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan menyembah warkah kepada Baginda memohon perkenan supaya Parlimen ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu, 3 April 2013. Sehubungan dengan itu selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuat kuasa hari ini. 

Sehubungan dengan itu saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk menghadap Ketua-ketua Negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara. 

Monday, 21 January 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Januari 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
21hb Januari 2013

Keluar dari Pakatan Rakyat adalah satu-satunya pilihan yang terbaik untuk PAS bagi tujuan mengelakkan parti tersebut terus dipergunakan dan dimalukan oleh PKR dan DAP.

Buat masa ini, pemimpin utama PAS kelihatan seperti lembu yang ditarik hidung dengan tali oleh PKR dan DAP.

PAS banyak membuat pengorbanan, termasuk mengorbankan perjuangan 'suci' parti untuk mendirikan negara Islam, demi menjaga hati PKR dan DAP.

Isu kalimah ALLAH ini telah banyak membantu memberi bukti yang jelas dan kukuh kepada rakyat tentang kebodohan PAS, dan kelicikkan PKR dan DAP.

Mungkin penyokong PAS boleh memejam mata dan meneruskan sokongan kepada PAS apabila pemimpin utama parti menyetujui desakkan PKR dan DAP agar membenarkan agama bukan Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Tetapi apabila pemimpin utama PAS membuat keputusan 'mengejut' untuk bersetuju dengan Dewan Syura PAS, adalah sukar untuk penyokong PAS terus mempertahankan parti.

Dari mula lagi, umum mengetahui bahawa ahli-ahli Dewan Syura PAS memang tidak menyenangi sebarang keputusan yang membolehkan bukan agama Islam menggunakan kalimah ALLAH.

Sepatutnya pemimpin utama PAS memanggil Dewan Syura PAS untuk mendapatkan pandangan dan persetujuan mereka.

Tetapi malangnya pemimpin utama PAS enggan berbuat demikian demi menjaga hati PKR dan DAP.

Sekarang sudah nyata, tanpa perlu bersuluh lagi, bahawa PKR dan DAP telah dengan sengaja dan berniat jahat untuk mempergunakan dan memalukan PAS demi kepentingan politik mereka.

Imej Islam yang digunakan oleh PAS sekian lama telah hancur berkecai oleh PKR dan DAP.

Sekarang PAS tidak lagi memiliki kredibiliti untuk bercakap tentang Islam.

Tindakkan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang enggan memperakui keputusan Majlis Syura PAS dilihat sebagai satu usaha oleh PKR dan DAP untuk terus memperbodohkan PAS dan meranapkan imej Islam PAS.

Sekarang, ternyatalah bahawa musuh sebenar PAS ialah bukannya Umno atau BN, tetapi rakan sendiri dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP.

Memandangkan pilihanraya akan diadakan tidak lama lagi, PAS sebenarnya mempunyai peluang besar untuk menghukum PKR dan DAP kerana memperbodohkan dan memalukan PAS dan pemimpin utama serta menghancurkan kredibiliti PAS dan pemimpin utama untuk berjuang atas nama Islam. 

Iaitu menarik diri dari Pakatan Rakyat; dan seterusnya membantu BN menewaskan PKR dan DAP dalam PRU-13.

Jangan biarkan PKR dan DAP terus memperbodohkan, memalukan dan menghancurkan kredibiliti PAS dan pemimpin utama.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................