Sunday 11 February 2018

Ucapan Penghargaan dan Terimakasih - YB Karim Hamzah


Tahniah kepada Naib Presiden PBB baharu

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada keempat-empat Naib Presiden PBB (sayap Bumiputera) baharu - Datuk Julaihi Narawi, Dr Annuar Rapaee, Dr Abdul  Rahman Junaidi dan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Kejayaan mereka memenangi jawatan tersebut menunjukkan para delegasi PBB telah menaruh kepercayaan tinggi  kepada mereka serta mahukan kombinasi antara pemimpin baru dan lama bagi membantu Presiden mengukuhkan PBB.

Pemilihan dalam PBB adalah satu aktiviti yang sihat yang dilakukan dalam suasana kekeluargaan serta cukup harmoni.

Oleh itu, daripada perspektif ini, sebenarnya tiada pihak yang kalah ataupun yang menang kerana tanpa mengira siapa yang dipilih oleh ahli-ahli PBB, kesemua mereka akan berjuang untuk PBB.

Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terimakasih kepada semua ahli-ahli PBB diatas kepercayaan yang telah diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab sebagai Exco Majlis Kerja Tertinggi (Bumiputera) pada konvensyen PBB tahun ini.


Saturday 3 February 2018

Karim Pejuang Tulin PBB

Secara peribadi, saya amat kagum dan terharu dengan semangat tinggi Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dalam memastikan perpaduan PBB sentiasa terjaga.

Saya percaya, ramai yang menjangka akan berlaku pertandingan untuk jawatan Naib Presiden Kanan diantara beliau dan Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Tetapi apa yang gagal dijangka oleh ramai pihak ialah kesanggupan Karim  untuk menolak ketepi hasratnya demi menjaga perpaduan dalam parti!


Inilah semangat tulin seorang pemimpin PBB yang sanggup mengundur diri demi kepentingan parti.

Semangat Karim inilah yang sepatutnya menjadi ikutan kepada ahli-ahli PBB - iaitu meletakkan kepentingan parti diatas kepentingan peribadi!