Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili
01hb Ogos 2012
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak tidak berhasrat untuk memanjangkan episod ‘Bintulu dhaif’ memandangkan pengacara TV3 Nurul Syuhada telahpun meminta maaf dalam akaun tweeter beliau.
Walau bagaimanapun, Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak berkeinginan untuk melihat Nurul Syuhada membuat maaf melalui TV3 memandangkan kenyataan mengenai Bintulu dilakukan oleh beliau ketika menjadi pengacara semasa lintas langsung sempena sambutan Hari Mardeka dari Dataran Merdeka semalam.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak percaya ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau telah meminta maaf dalam akaun tweeter beliau.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak merasakan beliau kurang arif mengenai Bintulu sehingga menyebabkan beliau beranggapan bahawa bandar Bintulu sebagai dhaif walhal Bintulu merupakan penyumbang utama kepada KDNK Malaysia dengan hasil gas dan minyaknya.
Bintulu adalah salah satu simbol klasik kepada politik pembangunan di Sarawak - sebuah negeri yang saiznya menyamai jumlah semua negeri di Semenanjung tidak termasuk Perlis - yang dipelopori oleh Ketua Menteri Sarawak yang turut menekankan pembangunan spiritual dan perpaduan kaum dalam proses pembangunan bandar, dan bukan semata-mata mengutamakan pembangunan fizikal sehingga masyarakat gagal berfungsi sebagai satu komuniti kerana ahli-ahli masyarakat bersifat individualistik melampau.
Ketika ini Sarawak telah memasuki era kedua gelombang politik pembangunan yang mensasarkan pembangunan manusia berpendapatan tinggi.
Diantara pelan tindakan menjurus kepada pembangunan manusia berpendapatan tinggi ini ialah pembangunan wilayah ekononi SCORE yang mana telah ada projek-projek dilaksanakan dan banyak lagi yang akan menyusul.
Bintulu sudah membangun untuk sekian lama dan Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak agak kesal apabila orang Malaysia sendiri tidak mengetahui keadaan dan kedudukan Bintulu sehingga beranggapan ianya jauh di pendalaman.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak berharap pihak TV3 memastikan semua maklumat adalah betul sebelum disiarkan agar tidak menyinggung mana-mana pihak.
Pergerakkan Pemuda PBB Sarawak juga berharap agar Nurul Syuhuda berusaha untuk memajukan diri dalam bidang kewartawanan dengan tidak mudah selesa dengan status sebagai pemberita yang hanya melaporkan apa yang dilihat atau dengar tetapi berusaha untuk menjadi wartawan yang membuat laporan berdasarkan penyelidikan yang rapi.
Diharapkan pihak pengurusan TV3 akan memastikan bahawa perkara seumpama ini tidak akan berlaku lagi di masa hadapan.
Sekian. Terimakasih.
........................................................................................