Saturday 19 September 2020

DAP berniat jahat perlekeh bayaran SST daripada Petronas

DAP berniat jahat apabila memperlekehkan kejayaan Sarawak dibawah Kerajaan GPS memperolehi RM2,956,671,407.36 sebagai SST daripada Petronas.

Ahli Majlis Tertinggi PBB Pandi Suhaili berkata DAP sengaja berbuat demikian kerana tidak mahu Kerajaan GPS dilihat sebagai berjaya memperjuangkan hak rakyat Sarawak.

"Kita akan berdepan dengan pilihanraya negeri pada bila-bila masa.

"Atas sebab itu, DAP sentiasa berusaha untuk menipu rakyat Sarawak dengan menconteng arang dimuka GPS agar rakyat terpengaruh dengan dakyah jahat DAP," kata Pandi.

Beliau menambah rakyat Sarawak patut menghukum DAP didalam pilihanraya negeri yang akan datang kerana bersekongkong dengan Pakatan Harapan mengheret Sarawak ke mahkamah diawal pemerintahan PH.

"Tindakan PH amat memeranjatkan rakyat Sarawak kerana jika benar mereka hendak membantu kita, mereka tidak akan membenarkan Petronas mengheret Sarawak ke mahkamah."

"Bahkan PH hanya bersedia untuk duduk semeja dengan Sarawak dan Sabah untuk mendengar tuntutan kita selepas Petronas kalah dalam perbicaraan tersebut!"

"Bagaimana kita hendak melihat DAP Sarawak sebagai memperjuangkan hak Sarawak apabila Petronas mengheret kita ke mahkamah?" tanya Pandi.

Belia selanjutnya berkata apa jua hujah DAP berkenaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) patut diremehkan rakyat Sarawak.

"Mereka mempunyai peluang untuk membuktikan kepada kita semua bahawa mereka berjuang untuk Sarawak apabila mereka membentuk Kerajaan Persekutuan."

"Tapi malangnya janji mereka hanya tinggal janji!"

"Adakah kita masih hendak mendengar kata-kata kosong dari mereka?" tanya Pandi lagi.

Bermula 1 Januari 2019, Kerajaan Sarawak mengenakan SST lima peratus terhadap produk petroleum seperti termaktub dalam Ordinan Cukai Jualan Negeri 1998. 

Bagaimanapun, Petronas (pada waktu itu, kerajaan persekutuan adalah PH) enggan membayar atas alasan sebagai tidak berperlembagaan.

Kerajaan negeri kemudiannya mengambil tindakan undang-undang susulan keengganan ini.

Mahkamah Tinggi Kuching pada 13 Mac 2020 memutuskan Sabah dan Sarawak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk mengenakan SST terhadap produk petroleum.

Petronas kemudiannya memfailkan rayuan, tetapi kerajaan negeri dan Petronas kemudiannya mencapai persetujuan pada Mei 2020 bagi kedua-dua pihak menarik balik tindakan undang-undang.


Katanya di mana Petronas setelah mencapai kesepakatan untuk menarik balik rayuan semakan kehakimannya ke Mahkamah Rayuan, dengan demikian mengiktiraf kuasa Perlembagaan Negeri untuk mengenakan cukai.

“Susulan daripada penyelesaian prosiding berkenaan, Petronas dan anak syarikatnya kini dianggap sebagai “pembayar cukai” dan mengemukakan pulangan mereka kepada Komptroler SST.

“Maka itu Komptroler telah membuat penilaian cukai yang perlu dibayar Petronas dan anak syarikatnya yang dikeluarkan notis berkaitan di bawah Ordinan pada 10 September 2020.

Sementara itu Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen didakwa beranggapan pembayaran Petronas sebagai "pertukaran" (trade-off) untuk hak Sarawak keatas minyak dan gasnya.

No comments:

Post a Comment