Wednesday 30 September 2020

Ahli PBB dilatih untuk pentingkan rakyat daripada jawatan atau kawan

Ahli Majlis Tertinggi PBB Pandi Suhaili menyokong kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg tentang perjuangan PBB yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata sejak penubuhan PBB, kesejahteraan rakyat tidak pernah diabaikan oleh mana-mana pemimpin parti.

"Semua ahli PBB, dari peringkat bawah sehinggalah ke peringkat kepimpinan tertinggi, dilatih untuk berkhidmat kepada rakyat.

"Atas sebab itu, tidak menghairankan apabila ahli-ahli PBB mengutamakan rakyat daripada kepentingan peribadi, jawatan atupun kawan mereka sendiri," kata Pandi.

Beliau selanjutnya berkata sokongan yang kuat yang diberikan oleh rakyat Sarawak kepada PBB sejak dari dulu lagi menunjukkan pendekatan yang diamalkan oleh PBB terbukti berjaya memberi kesejahteraan kepada rakyat Sarawak.

Bagaimanapun, Pandi menggesa agar ahli-ahli PBB agar tidak leka dengan kejayaan-kejayaan yang telah dilakar dalam usaha membantu rakyat.

"PBB mesti meneruskan tradisi yang hebat ini agar semakin banyak kejayaan untuk kesejahteraan rakyat Sarawak.

"Kita mesti akur bahawa perjuangan untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat merupakan satu perjuangan yang tiada penghujung.

"Atas sebab itu, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memberi khidmat kita kepada rakyat."
  

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mini Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Betong di Dewan Sukan Tan Sri Kalong Ningkan di Betong.
  

No comments:

Post a Comment