Saturday 19 January 2013

Pilihan raya bukan untuk dieksperimen - Pandi Suhaili


Pilihan raya bukan untuk dieksperimen - Pandi Suhaili
FRIDAY, JANUARY 18, 2013

SIBU, Jumaat - Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak, Pandi Suhaili mengingatkan golongan muda agar tidak menjadikan pilihan raya PRU 13 akan datang sebagai bahan eksprimen untuk menukar kerajaan.

Sebaliknya beliau berkata, pilihan raya adalah tanggungjawab rakyat untuk menentukan masa depan negara dengan memilih parti yang telah terbukti membawa kejayaan kepada negara supaya dapat meneruskan kesinambungan pembangunan untuk tempoh lima tahun berikutnya.

"Ia tidak boleh dijadikan mainan atau percubaan (eksperimen) kerana jika tersalah pilih, padahnya selama lima tahun. Amalan demokrasi yang memberikan kebebasan kepada rakyat tidak seharusnya disalahgunakan." Katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran 2013 di Masjid Babussalam anjuran bersama PEKIDA cawangan Sibu dan PBB Wilayah Tengah Sarawak.

Pandi menambah, kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berjaya membawa pembangunan untuk rakyat dan terbukti apabila sebahagian besar kawasan luar bandar serta pedalaman sudah mempunyai kemudahan asas.

“Rakyat tidak seharusnya menyalahgunakan hak mereka pada pilihan raya atau menjadikan pilihan raya sebagai percubaan, sebaliknya pilih kerajaan yang boleh membela dan melaksana pembangunan,” katanya.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Adun Semop Abdullah Haji Saidol dan Adun Nangka Dr. Annuar Rapaee

No comments:

Post a Comment