Tuesday, 22 January 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 22hb Januari 2013


Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
22hb Januari 2013
(merujuk kepada " State BN leaders brush off online report of conspiracy to oust Taib in next PBB convention ")

Rakyat Sarawak sudah sedia maklum Sarawak Report sebagai satu laman web yang berniat jahat terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kerajaan Barisan Nasional.

Laman web tersebut, walaupun berusaha untuk menunjukkan bahawa ia bersikap profesional dalam membuat laporan, ia sebenarnya gagal menepati kriteria yang membolehkan ianya dianggap sebagai adil, berniat baik dan telus dalam membuat laporan.

Apa jua yang diterbitkan dalam laman web tersebut, hanya satu sahaja motifnya - iaitu untuk membantu PKR, DAP dan PAS menjatuhkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Kerajaan Barisan Nasional.

Serangan demi serangan ditujukan ke arah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kerana laman web tersebut beranggapan sekiranya Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berjaya dihapuskan, maka PKR, DAP dan PAS akan mudah untuk menawan Sarawak.

Dan pada masa yang sama, laman web tersebut akan menulis cerita-cerita dongeng mengenai individu-individu yang dikatakan rapat dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini adalah bertujuan untuk menimbulkan ketegangan diantara Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan individu-individu yang dinyatakan dalam cerita-cerita dongeng Sarawak Report.

Artikel mutakhir laman tersebut mengenai konspirasi yang diketuai oleh Naib Presiden Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan untuk menjatuhkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam konvensyen parti PBB dalam bulan Mei ini adalah satu lagi cerita dongeng yang ditulis oleh laman web tersebut.

Mungkin penulis artikel tersebut sedang bermimpi ketika menulis artikel yang secara terang-terang berniat jahat untuk mengkucar-kacirkan PBB.

Mungkin laman web merasakan mereka dapat menipu rakyat Sarawak dengan menulis seolah-olah mendapat maklumat dari orang terdekat Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Tapi hakikatnya, ianya adalah satu pembohongan yang teramat bohong sekali.

Dan bodoh kerana tidak memahami politik PBB.

Dimanakah kewarasan penulis laman web bila mengatakan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akan digugurkan di konvensyen parti dalam bulan Mei ini apabila pada masa yang sama mengatakan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan mengumpul Yang Berhormat-Yang Berhormat dari parti komponen BN?

Adakah mereka ini mempunyai hak untuk mengundi dalam konvensyen parti PBB?

Sarawak Report sepatutnya sudah sedar bahawa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud adalah jantung dan hati setiap ahli PBB apabila cerita-cerita dongeng mereka gagal membuatkan rakyat merasa benci terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Bahkan, mungkin Sarawak Report patut diberi ucapan terimakasih kerana disebabkan kebangangan dan kebodohan yang berniat jahat terhadap Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, laman web tersebut sebenarnya telah membuat ahli-ahli PBB, khususnya, dan rakyat Sarawak, amnya, semakin rapat dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ini kerana semua ahli-ahli PBB tahu bahawa Sarawak Report hanyalah kuda tunggangan kepada pihak yang berkehendakkan PKR, DAP dan PAS mengambilalih kerajaan negeri Sarawak dari tangan parti Barisan Nasional.

Niat jahat Sarawak Report adalah jelas sekali - membuka ruang kepada PKR, DAP dan PAS.

Pada masa yang sama semua parti komponen Barisan Nasional harus menjalankan siasatan untuk memastikan tiada musang berbulu ayam dalam parti masing-masing yang bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional.

Sepatutnya semua ahli parti komponen Barisan Nasional memberi tumpuan kepada pilihanraya ke-13 yang akan diadakan bila-bila masa saja, dan bukannya cuba hendak menjatuhkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan mewujudkan keadaan kucar-kacir dalam PBB.

Sekian. Terimakasih.

........................................................................................

State BN leaders brush off online report of conspiracy to oust Taib in next PBB convention


KUCHING: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) secretary-general Datuk Dr Stephen Rundi Utom rubbishes an online report that there is a conspiracy among senior members of the party to topple party president Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

The Sarawak Report on Sunday revealed that it received an explosive dossier from sources close to Taib detailing a powerful conspiracy to depose him at the next PBB Party Convention, due in May.

The report alleged that the high-level defectors led by Second Minister of Resource Planning and Environment Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan would maintain a pretence of unity during the coming general election, expected in March, but had collected enough supporters, including Taib’s own close family members. to oust him in May.

Sarawak Report also said that the informers had passed the information to it “in desperation”.

The report also alleged that Awang Tengah had gathered 30 members of the state legislative assembly to take his side in the takeover of the state’s ruling coalition.

Dr Rundi said the news portal’s allegation was the opposition’s ploy to weaken Barisan Nasional (BN) in the state before the general election.

“Leaders from all levels are still solidly behind Pehin Sri Abdul Taib Mahmud to continue to lead the party. 

Even if he decided to leave we will convince him to stay on because he is the pillar of our strength,” Dr Rundi told The Borneo Post here yesterday.

The Assistant Minister of Public Utilities also stressed that the party’s tradition would ensure that there would be no struggle for power among its rank for the top post.

Meanwhile, PBB Youth chief Datuk Fadillah Yusof also refuted the allegation by saying that the public should not take the report seriously.

“We should not simply believe all the things reported in the Sarawak Report online news. The government has proven numerous times that reports published in the news portal were baseless and pure exaggeration,”
Fadillah, who is also Petra Jaya MP and Deputy Minister of Science, Technology and Innovation, said this after presenting the RM100 schooling aid to pupils at SK Merpati Jepang here yesterday.

PRS president Tan Sri Dr James Masing, who was speculated to be appointed as a Deputy Chief Minister I in the alleged conspiracy, laughed off the report and assured that his party’s loyalty to Taib was unshakable and not transferable.

“The report by The Sarawak Report on PBB is pure speculation. I don’t want to get involved in other party’s affairs as I don’t want others to get involved in my party’s affairs. I consider interference into others internal affairs seriously. So I refrain from doing so,” said Masing, who is also Minister of Land Development.

SUPP Bengoh chairman Dr Jerip Susil concurred with Masing, saying he did not want to delve into such speculations.

“PBB’s affair has to be respected. The party has its own tradition to choose its own leader,” he said.
The Assistant Minister of Public Health said such speculations could undermine BN’s preparation for the fast-approaching general election.

“This is the time for all the BN component parties to come together for the general election and not a time to speculate this kind of serious issue,” he said

4 comments:

  1. Syabas YB Datuk Dr Stephen Rundi Utom... sebagai Sec Gen PBB, YB bertindak tepat pada masanya, walaupun artikel tersebut tiada nilai untuk dipercayai usulnya. Kalau dibiar begitu sahaja, nanti rakyat jelata, terutama sekali ahli PBB akan terheret mempercaya fitnah & pembohongan yang dilontarkan oleh penulis, yang saya percaya dari pembangkang untuk mengkucarkacir dan negadu dombakan PBB supaya jadi lemah dan berpecah mengikut kehendak mereka! Syabas sekali lagi ... sama sama kita tolak Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guang Eng dari bumi Kenyalang ini... bikin kacau aje....PBB/BN TETAP MEMANG PRU13 NANTI.... HIDUP PBB/BN!!!

    ReplyDelete
  2. Paloi pandi suhaili tok! dan kenak pandi tok defensive gilak!. Nya mikir pehin seri sik tahu kah yang nya orang kuat radin kadri, abdullah saidol dan awang tengah. Bila awang tengah dapat pegang majoriti adun, mp dan senator di dalam bn sarawak; sidak nya boleh buang taib dengan undi sik percaya ketika pbb convention atau ketika di dalam dewan undangan negeri sarawak. Di dalam perlembagaan negeri sarawak artikel 7-1 pun ada madah cm boleh di tumbangkan jika dapat undi sik percaya dari majoriti adun sarawak. Cuba nangga nasib stephen kalong ningkan dolok?!. Kalau benda tok boleh berlaku kepada stephen kalong ningkan; sik mustahil juga akan berlaku kepada pehin seri!. Woi pandi suhaili, kau tok nang paloi dan lebih baik kau pergi sekolah belajar sejarah sarawak ajak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adohhhh sapa yg paloi..tok nong oiiii ndakkkkkkkkk aku berani berpaloi ndah nya tok.. Aku rasa la ko tok ng udah termakan racun atau ko.ng x tauk menauk hal dlm pbb..cuba ko masok lam pbb gak..yah.. Bok ko tauk apa rasa dlm ya..sama ada berekon kah apa kah.. Ko x sedar sidak dipadah nk dcrta ko ya..tunjang kuat dlm pbb.. Ko adaaaa x ada nk.. Aku tok sidak nyukong pbb..

      Delete
    2. Hanya ahli ahli PBB tahu betapa sokongan padu sidak kepada Presiden Pbb. Sikboh ajak ktk org buang masa nak bertengkar. Cerita bodo dongeng Sarawak repot ya nak diheboh ktk org. Sikit pun sik mengugat Taib.Awg Tengah dan para pemimpin Pbb krn kmk org ahli Pbb lebih arif dgn suasana dalaman parti kmk org. Sebagai ahli parti sesiapa pun berhak mempertahankan parti dan presidennya. Apalagi kenyataan sarawak repot ya nang nampak tulisan audi dan rakan rapatnya yg pengecut. Siapa yang nganok Pandi Suhaili ya paloi sebenarnya nya mpun yalah paling paloi.sepaloi paloinya kerana siapa pun ahli dalam keluarga akan membela bapa atau emak atau adik abang kakaknya kalau difitnah oleh orang luar seperti audi.
      Orang yang nulis artikel ya sebenarnya merasa dirinya unsecured dalam politik. PBb sik akan bergolak seperti parti parti lain krn semangat setiA kepDa pemimpin udah lamak tertanam dalam dirik setiap ahli ahli. Jadi jangalah mimpi ngiigo nak nangar cm berkelaie dgn awg tengah. Bye bye bodo..eehh paloi...ehh apa jak lah

      Delete