Sepatutnya artikel yang dipaparkan di The Malaysian Insider mempunyai tajuk yang dinyatakan diatas; dan bukannya "DAP wants Jabu to remove son from Sesco board".
Dan didalam artikel "DAP Sarawak wants Lim Kit Siang to remove son as Penang CM" tersebut, YB Chong Chieng Jen sepatutnya bertanya: “Was Guan Eng appointed because he is the son of Lim Kit Siang, the iron-fist leader of DAP?"
Sekiranya YB Chong berhujah Guan Eng layak untuk menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang bukan atas sebab dia anak Lim Kit Siang, saya juga ingin menegaskan disini Gerald Rentap layak untuk menjadi ahli Lembaga Pengarah Sesco bukan atas sebab dia anak Tan Sri Alfred Jabu.
YB Chong sepatutnya melihat perlantikkan Gerald Rentap dari perspektif yang lebih luas - iaitu dari sudut sumbangan Timbalan Ketua Pemuda PBB kepada Sesco.
Setelah berada bersama-sama Gerald Rentap didalam sayap Pemuda PBB selama 9 tahun, saya amat yakin diatas kemampuan anak Tan Sri Alfred Jabu untuk berdiri diatas kemampuannya sendiri dan bukannya seperti Lim Guan Eng yang terpaksa sepanjang masa bergantung dengan 'kuasa' ayahnya atas sebab 'merampas' kerusi KM Pulau Pinang daripada orang Pulau Pinang.
Saya bangga dengan perlantikkan Gerald Rentap sebagai ahli Lembaga Pengarah Sesco dan yakin Sesco akan mendapat manfaat dari perlantikkannya.
Bekas Naib Ketua Pemuda PBB
No comments:
Post a Comment