Tindakan Pengerusi DAP Chong Chieng Jen untuk 'mempromosi' partinya melalui Program Reformasi Polisi 10-Poin adalah satu tindakan yang bijak kerana ianya mampu memberi gambaran bahawa DAP adalah parti yang putih bersih dan suci dari sebarang kekotoran.
Malangnya semua sedia maklum bahawa DAP turut terpalit dengan kekotoran-kekotoran yang sebelum ini selalu dilempar kearah Barisan Nasional.
Bukti-bukti yang jelas ialah apa yang berlaku di Pulau Pinang.
Saya bersetuju dengan saranan agar YB Chong sepatutnya terlebih dahulu memastikan partinya bersih dari segala pertuduhan nepotism, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya sebelum cuba untuk mengajar kerajaan Barisan Nasional Sarawak bagaimana untuk mentadbir Sarawak.
Oleh itu, secara peribadi saya melihat pelawaan ataupun cabaran untuk berdebat ataupun mengadakan forum adalah satu perkembangan yang sihat yang boleh membantu Pemuda PBB menepis pertuduhan-pertuduhan liar DAP dan pengerusinya YB Chong.
Pemuda PBB tidak harus gentar berhadapan dengan pihak pembangkang yang hanya tahu mengapi-apikan kebencian terhadap Barisan Nasional Sarawak, khususnya, dan Barisan Nasional Pusat, amnya.
Walau bagaimanapun, kedua-dua belah pihak mesti terlebih dahulu bersetuju dengan format forum ataupun perdebatan yang akan diadakan.
Biarlah rakyat Sarawak diberi peluang untuk melihat pekung didada DAP!
Pandi Suhaili
Bekas Naib Ketua Pemuda PBB
DAP sudah ada calon. PBB?
ReplyDelete