Setiap ahli masyarakat bertanggungjawab ubtuk memastikan elemen perkauman melampau dalam masyarakat masing-masing dibendung ketahap yang akan menjamin kestabilan dan keharmonian di Sarawak.
Sarawak sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber asli berpotensi untuk membawa anak-anak Sarawak ke era yang gilang gemilang yang memberi kemakmuran kepada semua.
Malangnya ini tidak akan tercapai sekiranya kita memejamkan mata kita apabila ada suara-suara sumbang yang cuba mempengaruhi kita agar mengambil pendekatan melampau dalam menjalani kehidupan bersama-sama dengan masyarakat lain.
Cuba bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya semua masyarakat di Bumi Kenyalang gagal mengawal puak pelampau dalam kelompok mereka?
Sudah tentu ini akan mengundang kekacauan yang menyusahkan semua ahli masyarakat!
Oleh itu, kita hendaklah sentiasa memberi penekanan terhadap pendekatan kesederhanaan dalam masyarakat kita sekiranya kita enggan Sarawak terjerumus dalam kekacauan kaum ataupun politik.
Janganlah kita mengambil sikap sambil lewa bila berhadapan dengan elemen pelampau dalam masyarakat kita!
Kita sayangkan keamanan, keharmonian dan kestabilan yang banyak membantu kita membesarkan anak-anak kita tanpa ada rasa takut ataupun gangguan emosi maupun fizikal akibat dari konflik perkauman ataupun politik yang dicetuskan oleh puak pelampau dalam masyarakat kita!
Lantaran itu, saya menyokong sepenuhnya lenyataan YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah yang menegaskan tiadanya bahang perkauman di Sarawak iaitu hasil dari persefahaman yang utuh dikalangan ahli-ahli masyarakat di Sarawak untuk menangani elemen-elemen pelampau didalam masyarakat masing-masing.
Apa yang mungkin disalahtafsir oleh sesetengah pihak sebagai bahang perkauman hanyalah impian pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mempunyai kepentingan jahat yang berkehendakkan wujudnya pepecahan di kalangan rakyat Sarawak.
Namun komitmen tinggi rakyat sARAWAK terhadap perpaduan dan keharmonian tidak mampu diganggu gugat oleh mereka.
Pandi Suhaili
Bekas Naib Ketua Pemuda PBB
No comments:
Post a Comment