Thursday 16 June 2016

Projek Lebuhraya Pan Borneo dibiayai oleh Putrajaya atau Sarawak?

Putrajaya mesti memberi penerangan yang menyakinkan rakyat Sarawak berkenaan pembiayaan projek Lebuhraya Pan Borneo.

Rata-rata rakyat Sarawak beranggapan bahawa bajet untuk Lebuhraya Pan Borneo berasingan daripada bajet pembangunan yang lain.

Atas sebab inilah, rata-rata rakyat Sarawak gembira dengan pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melaksanakan projek tersebut.

Malangnya kini rakyat Sarawak mula tertanya-tanya - benarkah Lebuhraya Pan Borneo akan dibina dengan menggunakan bajet yang khusus untuk projek tersebut tanpa mengganggu bajet untuk pembangunan lain.

Secara peribadi saya merasa terkilan selepas membaca kenyataan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem ketika beliau membuat ucapan penggulungan di Dewan Undangan Negeri Sarawak semalam.

Saya percaya rata-rata rakyat Sarawak mempunyai tanggapan yang sama tentang bajet untuk projek Lebuhraya Pan Borneo.

Saya amat berharap Putrajaya akan berusaha untuk memberi penerangan dengan sejelas-jelasnya mengenai perkara ini.

“I have expected the budget for the Pan Borneo Highway to be above and beyond the usual development effort. Now, they (Putrajaya) seem to have included the budget for the Pan Borneo Highway at the expense of our obligation to develop infrastructure. I am pursuing this point, I want it (the budget) to be above what they usually provide for us.” -Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem June 16, 2016

Receive Regular Updates via Telegram

2 comments:

  1. Tok Nan sudah menjelaskan beliau akan meminta penjelasan dari Putrajaya mengenai perkara itu dan akan menuntut keadaan diperbetulkan. Kita yakin rundingan baik antara BN Negeri dengan BN Pusat akan memihak kepada kita. Knowing The way Tok Nan handles such pricky situation wisdom will prevail. Oohah!

    ReplyDelete