Wednesday 1 June 2016

Mungkin Ketua Dewan Ulama PAS patut disekolahkan di Sarawak untuk jadi Muslim sejati

Muslim Sarawak tak berfikiran kolot seperti PAS.

Tuduhan bahawa Muslim Sarawak tidak mempraktikkan Islam sebenar adalah satu pertuduhan yang berniat jahat.

Bahkan ia menunjukkan bahawa Ketua Dewan Ulama PAS Mahfodz Mohamed seperti katak dibawah tempurung.

Kata-kata penghinaan ini juga menunjukkan bahawa Mahfodz kecewa dengan pendirian Muslim Sarawak yang tidak terikut-ikut dengan pendekatan yang dibawa oleh PAS.

Pendekatan yang menggunakan Islam untuk mencapai cita-cita politik semata-mata.

Muslim Sarawak masih ingat dengan jelas apabila PAS menolak matlamatnya untuk menubuh negara Islam - diganti dengan negara berkebajikan.

Adakah dengan sewenang-wenangnya mengubah matlamat parti ini menunjukkan bahawa PAS lebih Islamik daripada Muslim Sarawak?

Ataupun sebenarnya ia telah membuktikan kepada semua bahawa PAS sebenarnya sebuah parti yang memperdagangkan Islam untuk tujuan politik?

Saya merasa hairan mengapa Ketua Dewan Ulama PAS secara tiba-tiba mengkritik Muslim Sarawak walhal jumlah Muslim Sarawak hanyalah sekitar 30% sahaja.

Mengapa Mahfodz tidak memberi tumpuan kepada Muslim di Malaya yang merupakan kira-kira 70% dari jumlah keseluruhan penduduk di Malaya?

Sejak bila Muslim 30% ini lebih berkuasa dan berpengaruh daripada Muslim 70%?

Saya mempelawa Mahfodz untuk datang dan menetap di Sarawak untuk melihat dengan lebih jelas terhadap muslim di Sarawak.

Sekiranya Mahfodz bersetuju, saya sarankan agar dia tidak didampingi oleh anggota-anggota PAS sepanjang dia berada disini.

Ini untuk membolehkan dia melihat Sarawak tanpa gangguan daripada anggota-anggota PAS yang mungkin sebelum ini memberi maklumbalas yang negatif semata-mata mahukan habuan politik daripada kepimpinan pusat PAS.

Muslim Sarawak akan buktikan kepada Ketua Dewan Ulama PAS bahawa mereka mungkin sebenarnya lebih Islamik daripada beliau kerana cara kehidupan Muslim Sarawak menetapi pengertian Islam secara harfiyah.

Muslim Sarawak bukannya seperti ahli dan penyokong PAS yang asyik nak bergaduh dengan sesama Muslim dan juga bukan Muslim.

Muslim Sarawak mungkin mampu menghayati Islam lebih baik daripada para penyokong PAS di Malaya kerana Muslim Sarawak berada dalam masyarakat yang mana mereka adalah minoriti.

Mungkin Mahfodz patut disekolahkan di Sarawak agar dia akan menjadi seorang Muslim yang lebih baik daripada sekarang.

Receive Regular Updates via Telegram

1 comment:

  1. PAS nak kita mcm Arab..baru boleh dikatakan "isle"...berserban n berjubah..guna perkataan2 Arab (sedangkan BM dah elok...berbuka puasa jadi iftar)..

    Selagi kita ikut 5 rukun Islam jgn kita terpesong dengan ideologi PAS.PAS tak buat terbaik pun utk Islam.

    ReplyDelete