Sunday 11 June 2017

Nazri yang samseng yang tak jantan berdepan Mahathir


Keceluparan Menteri Pelancongan dan Budaya Datuk Nazri Abdul Aziz memang sudah diketahui umum.

Beliau seorang yang suka 'bergaduh' dengan ramai pihak tanpa mengira sama ada pihak tersebut adalah rakan dalam BN ataupun tidak.

Seolah-olah beliau sentiasa mengambil pendekatan bersifat peribadi dalam menangani semua hal.

Dia mengaku dirinya sebagai samseng.

Memang benar dia samseng. 

Ramai yang gerun dengan kesamsengannya.

Walau bagaimanapun, beliau tiba-tiba hilang kejantanannya sebagai samseng bila Tun Mahathir mahu berdebat dengannya.

Benarkah beliau marah dengan tindakan pengikutnya membuat laporan polis untuk membatalkan perdebatan dengan Mahathir?

Ataupun beliau sebenarnya merasa lega teramat sangat?

Lega kerana Mahathir tidak berpeluang untuk membuktikan siapa sebenarnya lebih jantan - Mahathir atau beliau!!!

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memperkatakan hal yang benar apabila beliau menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan cukai pelancongan. 

Walaupun Karim hanya menjadi Menteri penuh baru-baru ini, ini tidak bermaksud beliau tidak tahu apa yang diperkatakannya. 

Nazri sebenarnya tidak mengenali Karim seperti rakyat Sarawak mengenali Karim.

Saya amat yakin rata-rata rakyat Sarawak bersetuju dan menyokong pandangan Karim mengenai cukai pelancongan. 

Nazri jangan anggap rakyat Sarawak akan berdiam diri bila seorang Menteri Sarawak diperlekehkan semata-mata kerana memperjuangkan kepentingan Sarawak.

Janganlah Nazri begitu yakin beliau boleh memperlekehkan Menteri Sarawak tanpa memberi sebarang kesan keatas sokongan rakyat Sarawak terhadap Barisan Nasional Pusat.

Sokongan yang padu kepada Barisan Nasional Sarawak tidak bermaksud sokongan yang serupa kepada Barisan Nasional Pusat.

Jangan berlagak samseng dengan Menteri Sarawak!

No comments:

Post a Comment