PETRONAS (Petroliam Nasional Berhad) mesti menunjukkan kejujuran yang tulen dengan rakyat Sarawak dan Kerajaan Negeri Sarawak dalam hal berkaitan dengan Blok gas luar pesisir SK316.
Walaupun pihak PETRONAS telah membuat penafian tentang hasrat untuk menjual pegangan saham minoriti blok tersebut dimasa lepas, ianya tidak memadai memandangkan berita yang sama dikatakan telah dilaporkan oleh Reuters dalam bulan ini.
Kali pertama ia dilaporkan dalam bulan Februari tahun ini - dan PETRONAS menafikannya sehari selepas itu.
Mungkin Kerajaan Negeri Sarawak perlu melakukan sesuatu untuk memastikan penjualan pegangan saham untuk mana-mana blok gas luar pesisir dalam kawasan perairan negeri Sarawak mesti mendapat persetujuan Kerajaan Negeri Sarawak.
Saya berpendapat rakyat Sarawak tidak dapat menyerahkan perihal tadbir urus blok-blok gas luar persisir di perairan negeri Sarawak secara bulat-bulat kepada PETRONAS.
Ia perlu dilakukan sekarang dan bukannya hanya setelah PETRONAS menjual pegangan saham blok gas luar pesisir kepada pihak ketiga.
Sekiranya ini berlaku, amat sukar untuk Kerajaan Negeri Sarawak mendapatkan semula keyakinan daripada rakyat Sarawak dalam aspek menangani karenah PETRONAS.
AYUH! Lakukan sesuatu untuk kepentingan rakyat Sarawak!
No comments:
Post a Comment