Monday 12 June 2017

Nazri mesti minta maaf dengan Karim, Fadilah dan rakyat Sarawak


Saya terpanggil untuk mengulas sekali lagi tentang isu cukai pelancongan yang kini menyaksikan Datuk Nazri Aziz, yang mengaku samseng besar, bertindak menghina Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Datuk Seri Fadilah Yusuf.

Sebelum ini, penghinaan hanya dilemparkan kepada Karim seorang.

Tetapi apabila Fadilah membela Karim, beliau turut diperlekehkan oleh Nazri.

Sebenarnya tindakan Nazri tidak mengejutkan kerana saya percaya budaya samseng ini memang sudah sebati dengan UMNO.

Selain dari Nazri, UMNO ada Ali Tinju, Jamal Tongkol dan ramai lagi.

Saya tidak melihat Karim menghina Nazri apabila dia berkata cukai pelancongan menyalahi perlembagaan negeri Sarawak.

Sekiranya Nazri tidak bersetuju dengan pendapat Karim, beliau boleh memberi hujah beliau tanpa perlu memperlekehkan Karim.

Karim mungkin baharu sahaja menjadi menteri penuh tetapi beliau telah lama juga berada dalam kabinet Sarawak sebagai menteri muda.

Menyentuh tuduhan bahawa Karim membabitkan seluruh negeri Sarawak dalam isu cukai pelancongan, ia menunjukkan Nazri seperti katak dibawah tempurung.

Jelas sekali beliau tidak mengetahui tentang sentimen anak Sarawak yang senantiasa panas membara sejak beberapa tahun ini.

Mungkin disebabkan beliau merasakan sebagai samseng besar, beliau tidak perlu tahu perkembangan semasa di Sarawak.

Dan sekiranya Nazri tahu, mungkin beliau beranggapan sebagai samseng besar, sentimen memperjuangkan hak-hak Sarawak hanya layak untuk dipandang sebelah mata saja.

Anak-anak Sarawak bangkit disebabkan sentimen tersebut dan bukannya Karim yang mengheret seluruh negeri Sarawak.

Mungkin saya boleh katakan disini bahawa anak-anak Sarawak dengan sengaja memasuki gelanggang untuk bersama-sama Karim demi memperjuangkan hak-hak Sarawak!

Berkenaan Fadilah pula, saya berpendapat tidak salah untuk beliau menegur perbuatan Nazri.

Perkara yang disentuh oleh Fadilah ialah cara penyampaian yang tidak berhemah yang telah dilakukan oleh Nazri.

Seperti anak-anak Sarawak yang lain, Fadilah bukannya diheret oleh Karim untuk memasuki gelanggang, tetapi beliau dengan sukarela berbuat sedemikian!!!

Saya ingin menggunakan kesempatan ini untuk menggesa Nazri agar meminta maaf dengan Karim dan Fadilah dan juga anak-anak Sarawak diatas kesamsengan beliau.

Sekiranya beliau hendak menjadi samseng di Malaya, tidak menjadi satu masalah kepada anak-anak Sarawak.

Tetapi janganlah menjadi samseng bila berurusan dengan anak-anak Sarawak!

6 comments:

  1. Jantan...samseng....taieek ..minyak..jagong..

    ReplyDelete
  2. Betul, perlu minta maaf secara terbuka

    ReplyDelete
  3. Betul, perlu minta maaf secara terbuka

    ReplyDelete
  4. Mungkin mengharapkan beliau meminta maaf seperti menunggu mahluk Allah tunduk kepada Adam. Kalau dengan DYM/TMJ pun dia masih mendongak kelangit apatah lagi sentimen2 sebegini. Dia cakap dia jantan tapi debat dengan Tun M dia tak berani, pandang muka Tun M pun tak bila duduk semeja. Mungkin dia nak simpan sedikit tempoyak untuk dijilat kot2 Tun M jadi PM lagi. Tahniah YB Karim who stand with your own words. We had enough with the abused from federal, its time for us to support all the YB's of Sarawak who driven to make Sarawak a better place.

    ReplyDelete
  5. Ingatlah wahai encik Nazri...hidup ini ibarat roda..ada kala di atas dan ada kala di bawah...so berfikirlah sebelum memberi sebarang kenyataan sebab awak tu menteri paling kekanan

    ReplyDelete
  6. Nazri harus ingat. Sesamseng mana pun dia, ada lagi yang lebih samseng dari dia. Tidak payah mahu sombong atau kurang ajar. Nanti mati pun dalam lubang 3x6 juga akhirnya.

    ReplyDelete