Thursday 26 May 2016

Kemasukkan dalam PBB patut diraikan sekiranya...

Kepimpinan PBB harus melihat perkembangan politik terkini dari perspektif manifesto Barisan Nasional Sarawak.

Sekiranya ia akan membantu melaksanakan butiran-butiran dalam manifesto, maka permohonan untuk menyertai PBB patut diterima dengan hati yang terbuka.

Tetapi sekiranya ia memudaratkan manifesto, ia patut ditolak.

Saya percaya kepimpinan PBB mampu mengambil keputusan yang akhirnya akan membantu Kerajaan Barisan Nasional Sarawak, yang mana PBB adalah parti tulang belakang kerajaan, melaksana polisi-polisi ataupun program-program kerajaan untuk menepati janji-janjinya.

Oleh yang sedemikian, parti-parti komponen Barisan Nasional Sarawak hendaklah bersikap terbuka dalam hal ini.

Walaupun secara kasarnya penyertaan Yang Berhormat - Yang Berhormat ini hanya memberi faedah kepada PBB, kita perlu akur bahawa kerajaan, yang mana PBB adalah parti tulang belakang kerajaan, bertanggungjawab kepada rakyat.

Rakyat adalah tujuan kewujudan kerajaan - dan kerajaan dibentuk oleh sebuah ataupun beberapa buah parti.

Sekiranya penyertaan mereka akan memberi faedah kepada rakyat, mengapa perlu kita memberontak mengatakan keengganan untuk bersetuju?

Adakah kelangsungan parti lebih penting daripada kebaikkan untuk rakyat?

Inikah politik yang diamalkan oleh sesetengah pihak?

No comments:

Post a Comment