Friday 13 May 2016

Kebengangan Yang Bodoh

Sudah berkali-kali diingatkan bahawa pilihanraya di Sarawak adalah pilihanraya NEGERI Sarawak dan bukannya UMUM.

Sudah berkali-kali diingatkan bahawa yang hendak mendapatkan mandat pemerintahan ialah Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem; dan bukannya Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sudah berkali-kali diingatkan bahawa Barisan Nasional SARAWAK yang bertanding dan bukannya Barisan Nasional MALAYSIA.

Susah sangatkah nak faham perkara yang mudah ini?

Ini menunjukkan rakyat Sarawak lebih matang berpolitik berbanding dengan Malaya.

Rakyat Sarawak mampu membezakan diantara:
*pilihanraya NEGERI dan UMUM;
*mandat untuk Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dan Datuk Seri Najib Tun Razak; &
*Barisan Nasional SARAWAK dan MALAYSIA.

Malangnya rakyat Malaya, yang seringkali memperlekehkan rakyat Sarawak, tidak berupaya untuk membezakan hal-hal yang dinyatakan sebelum ini.

Jika benar dakwaan bahawa Barisan Nasional Malaysia tidak popular, rakyat Malaya mempunyai peluang untuk berbuat sedemikian dalam dua pilihanraya kecil nanti.

Kedua-dua pilihanraya kecil tersebut adalah platfom yang terbaik untuk rakyat Malaya membuktikan kebenaran dakwaan mereka kerana yang akan bertanding ialah Barisan Nasional Malaysia - atas dasar, pihak yang menang akan mewakili suara rakyat di Parlimen.

Sekiranya Barisan Nasional Malaysia memenangi sekurang-kurangnya satu kerusi, rakyat Malaya patut merasa malu kerana membuat pertuduhan rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional.

Jika itu benar, maka kedua-dua kerusi patut jatuh ke tangan pihak pembangkang; dan bukannya hanya satu kerusi.

Ayuh! Buktikan kepada rakyat Sarawak bahawa rakyat Malaya menolak Barisan Nasional Malaysia secara total!

No comments:

Post a Comment