Wednesday, 27 March 2013

Pemuda PBB Belaga teguh dibelakang Ketua Menteri

Kenyataan Akhbar Pemuda PBB Belaga 27hb Mac 2013
Henry Kilah Talek
Ketaksuban NGO-NGO Barat terhadap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan negeri Sarawak amat menjengkelkan kerana ketaksuban itu dipenuhi dengan kekotoran jiwa dan pemikiran yang menjijikkan.

NGO-NGO Barat ini, seperti pihak pembangkang, sentiasa berusaha untuk mengaibkan Ketua Menteri agar masyarakat Sarawak, khasnya, dan dunia, amnya, percaya dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas!

Mereka memandang rendah mentali rakyat Sarawak seolah-olah rakyat negeri ini mampu untuk ditipu dengan penipuan mereka.

Pemuda PBB Belaga amat memandang serius usaha penipuan ini, dan atas sebab itu menyokong penuh kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Saudara Pandi Suhaili yang menyatakan sokongan barisan Pemuda PBB negeri Sarawak kepada Ketua Menteri.

Kami turut merasa lega dengan kesediaan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menfailkan saman terhadap pihak yang bertanggungjawab dalam isu Global Witness.

Kami berharap pihak yang bertanggungjawap tersebut akan dikenakan hukuman yang berat kerana berniat jahat untuk membusukkan nama baik Ketua Menteri bagi tujuan membantu pembangkang meraih sokongan rakyat!

Akhir sekali, Pemuda PBB Belaga akan sentiasa memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri.

Artikel berkaitan:
   

No comments:

Post a Comment