Saturday, 28 May 2016

Perlukah ada nada ugutan?

Kegusaran keatas tindakan Ahli Yang Berhormat  yang berusaha untuk menyertai PBB amat difahami.

Kemasukan mereka akan menjadikan PBB mampu untuk mentadbir Sarawak tanpa bantuan parti-parti lain.

Dan ini akan membuatkan parti-parti lain merasakan mereka tidak releven.

Perkara yang saya ingin sentuh disini ialah bukannya pandangan bahawa parti-parti lain dalam Barisan Nasional Sarawak akan menjadi tidak releven tetapi mengenai nada angkuh sesetengah pemimpin dalam menyuarakan pandangan mereka.

Adakah mereka beranggapan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berjaya mempamerkan mutu kepimpinan yang tinggi untuk memenangi pilihanraya negeri yang lepas dengan secara tidak sengaja?


Dalam erti kata lain, adakah beranggapan Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebenarnya lemah?

Adakah ini dimaksudkan mereka apabila berkata-kata dengan nada yang sedikit pun tidak menunjukkan rasa hormat kepada pemimpin nombor satu PBB dan Pengerusi BN Sarawak?

Adakah pilihanraya perlu diadakan sekali lagi untuk PBB membuktikan bahawa Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem sebenarnya layak untuk dihormati oleh mereka?

Pada mulanya saya beranggapan sikap yang kurang menghormati ini akan dengan sendirinya akan hilang apabila Datuk Patinggi Tan Sri Adenan mampu memdapatkan mandat yang besar daripada rakyat 7hb yang lalu.

Malangnya, sikap tersebut sudah menebal dalam diri mereka.

Apakah yang perlu dilakukan supaya mereka akan menghormati Datuk Patinggi Tan Sri Adenan?
 

No comments:

Post a Comment