Thursday, 21 March 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 21hb Mac 2013

Kenyataan Naib Ketua Pemuda PBB Sarawak Pandi Suhaili 
21hb Mac 2013

Pihak NGO Barat kelihatan begitu asyik dalam agenda mereka untuk memburuk-burukkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud agar semua pihak mempercayai fitnah-fitnah yang dilemparkan kepada mereka.

Mungkin mereka beranggapan sekiranya fitnah-fitnah ini dilemparkan, lambat laun ada juak yang akan terpalit dan mengakibatkan semua pihak mula mempercayai fitnah busuk yang direka oleh minda yang jahat mereka.

The Global Witness adalah satu diantara NGO-NGO Barat yang begitu taksub dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud seolah-olah di dunia Barat kini penduduknya hidup dengan aman damai tanpa apa-apa permasalahan ekonomi atau sosial.

Adakah percubaan ini sedikit sebanyak disebabkan NGO-NGO Barat hendak mengalih perhatian dunia terhadap banyak masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat di sana?

NGO Barat ini cuba untuk mengaitkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan perbualan yang telah direkod seolah-olah Pehin Sri Abdul Taib berada dilokasi dimana perbualan tersebut direkod.

Walhal ianya hanyalah satu omong-omong kosong yang dilakukan oleh individu yang dikatakan mempunyai akses menghubungi Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dengan kecanggihan dunia teknologi sekarang, tidak sukar untuk membuat video klip sedemikian rupa.

Dicadangkan The Global Witness mengunjungi kedai-kedai kopi di Sarawak untuk berjumpa dengan individu-individu yang mungkin boleh memberikan cerita yang lebih panas dari apa yang telah dirakamkan untuk dipertontonkan kepada dunia agar dunia mengetahui betapa bodohnya The Global Witness, dan NGO-NGO Barat yang bersama The Global Witness dalam usaha mengaibkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Sebagai orang luar, The Global Witness, dan juga NGO-NGO Barat yang lian, tidak berupaya untuk menilai individu-individu yang mendakwa mereka mempunyai akses dengan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Dan sebagai orang luar yang jahil dengan situasi setempat, The Global Witness telah cuba mengaibkan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan taktik yang kotor.

Kenyataan yang dibuat oleh individu-individu dalam filem itu hanyalah sebagai usaha jahat mereka untuk mengaibkan dan memerangkap Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Ada kemungkinan tindakan mereka ini didorong oleh perasaan dendam yang lama didalam hati sehingga membusukkan hati mereka sendiri.

Namun sebagai orang muda, kami mahu kelancaran politik pembangunan yang dipelopori oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang terbukti berjaya membangunkan Sarawak tercinta sehingga Sarawak menjadi negeri yang dirahmati kemakmuran dan kesejahteraan.

Atas sebab itu, kami mahu politik pembangunan diperhebatkan dan diteruskan lagi agar Sarawak semakin makmur dan sejahtera.

Kami akan memastikan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak keseorangan dalam menghadapi fitnah anasir-anasir jahat ini.

The Globat Witness juga dalang di belakang Bruno Manser Fund yang selama ini begitu obses dalam memfitnah Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan Sarawak.

Walaupun tiada satupun pertuduhan mereka itu dapat mereka buktikan, mereka masih lagi dengan tabiat jahat mereka dengan mendakwa merekalah sebagai jaguh orang Penan.

Tetapi hakikatnya siapakah yang menjaga kaum Penan selama ini kalau bukan Kerajaan Negeri Sarawak?

Apa yang telah dilakukan oleh mereka untuk membantu kaum Penan agar dapat membangunkan diri dan menyesuaikan diri dengan arus kemodenan yang melanda dunia?

NGO-NGO Barat juga sering menuduh Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai gagal menjaga hutan sehingga mengakibatkan hutan kita pupus.

Tetapi yang lucunya ialah hutan mereka yang sudah lama gondol akibat dari kerakusan mereka dan sekarang mereka cuba untuk mengajar cara untuk menjaga hutan kita!

Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud melakukan pengurusan yang sebaik mungkin ke atas perhutanan negeri Sarawak.

Sarawak mempunyai sistem penanaman semula hutan yang membanggakan dimana ketika ini pusingan pertama penuaian pokok Acacia telahpun dilakukan dengan jayanya.

Kini Kerajaan Negeri Sarawak dibawah kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud telah mensasarkan 1 juta hekta kawasan baru untuk usaha penanaman semula bagi tujuan mengekalkan sumber hijau dan sumber balak untuk Sarawak, Malaysia dan dunia.

NGO-NGO Barat juga berusaha untuk memburuk-burukkan minyak sawit Malaysia, termasuk minyak sawit dari Sarawak, kerana minyak sawit ialah alternatif terbaik kepada minyak soya keluaran mereka.

Akibat kekhuatiran dihati mereka terhadap minyak sawit, mereka berusaha dengan gigih untuk memberi gambaran negatif terhadap minyak sawit kita sehingga menyebabkan harga minyak sawit kita sukar untuk naik.

Terimakasih NGO-NGO Barat diatas hati anda yang busuk ini.

Niat jahat mereka tidak berhenti disitu. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan ekonomi negeri Sarawak dengan melemahkan kepimpinan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin yang telah lama berjaya membangunkan negeri ini seperti Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sehinggalah Sarawak mampu untuk mencapai tahap ekonomi yg membanggakan seperti sekarang ini.

Mereka semakin cemburu apabila Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud semakin berjaya memikat pelabur pelabur luar negara agar membuat pelaburan yg besar seperti di SCORE.

Pelabur yakin dengan keupayaan negeri Sarawak kerana kita menawarkan kadar elektrik yg sangat rendah untuk kegunaan mereka iaitu dengan adanya empangan Bakun.

Namun usaha kerajaan mahu membangunkan banyak lagi empangan hidro telah membuat mereka semakin kebingungan dan terus terusan menghasut rakyat agar membantah pembinaan empangan-empangan.

BAKUN telah terbukti dapat menarik pelabur yg bakal melonjakkan ekonomi Sarawak di tahap yang boleh menyebabkan NGO-NGO Barat ini cemburu.

Atas dasar ini, adakah suara-suara jahat mereka perlu didengari dan mengakibatkan terlepasnya peluang peluang ekonomi yg boleh menjaminkan pembanguan lebih mampan kepada Sarawak?

Usaha Global Witness membuat filem seperti itu tidak lain hanya bertujuan untuk memfitnah dan ingin menjatuhkan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Namun sebagai rakyat Sarawak yang menyanjungi budaya berterimakasih, kita tahu kepada siapa kita patut berterimakasih – dan sewajarnya kita berterimakasih kepada pemimpin yang banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

Kami, Barisan Pemuda PBB, akan tetap kukuh berdiri teguh bersama Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dalam mempertahankan negeri kesayangan kami ini dari anasir anasir yg berniat jahat, buruk dan busuk seperti The Global Witness dan Bruno Manser Fund.

Cukuplah Lahad Datu di Sabah yg telah dicerobohi sebelum ini akibat dari suara-suara jahat ini yang lahir dari hati-hati yang busuk.

Jangan cuba menakluki Swak dgn tipu helah fitnah yg melampau!

Kami, pemuda-pemuda Sarawak akan mempertahankan negeri Sarawak serta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan pemimpin pemimpin kami yang lain.

Sekian. Terimakasih.
.........................................................................................

No comments:

Post a Comment