Sunday 1 May 2016

PKR DAP PAS akan jadikan GST sebagai Kpg Buah Pala II

Pembangkang mungkin beranggapan mereka telah menemui satu isu yang mempunyai potensi yang besar untuk 'membunuh' Kerajaan Barisan Nasional.

Memang diakui bahawa rata-rata rakyat  Malaysia, termasuk Sarawak, mengeluh apabila topik perbualan adalah GST.

Dimana-mana harga barangan dikatakan naik disebabkan GST!

Maka, perkara yang paling logik untuk dilakukan ialah dengan membuang GST!

Tetapi selepas dibuang GST, apa yang perlu dilakukan untuk mengisi kantung kerajaan?


Meminjam dari luar negara?

Ataupun menggantikan GST dengan sistem pencukaian yang lama?

Mengapa perlu kita kembali kepada sistem pencukaian yang lama yang ditolak oleh masyarakat dunia?

Seelok-eloknya kita gantikan GST dengan sistem pencukaian yang lebih baik daripada GST.

Dan bukannya kembali ke takuk yang lama.

Persoalannya sekarang ialah - apakah yang dilakukan selepas GST dibuang?

Sekiranya kita rajin membuat carian di internet, kita akan terjumpa dengan kenyataan-kenyataan daripada pemimpin pembangkang yang cuba menyakinkan kita bahawa ekonomi Malaysia merundum dan negara akan jatuh bengkrap bila-bila masa.

Sekiranya ia benar, mengapa GST hendak d buang?

Dimana logiknya?

Ataupun parti-parti pembangkang berandaian rakyat Sarawak bodoh.

Tidak perlu nak tunjuk pelan tindakan selepas GST dibuang - hanya perlu kata buang GST, maka rakyat Sarawak tanpa berfikir panjang akan sokong pembangkang untuk buang GST???!

Begitu bodohnya rakyat Sarawak dimata pembangkang???!

Saya berkeyakinan sekiranya pihak pembangkang berjaya menangi kerusi atas sebab GST, kemungkinan besar mereka tidak akan membuang GST.

GST amat diperlukan untuk memberi sokongan kepada ekonomi Malaysia tetapi malangnya mereka tidak mempunyai pelan tindakan yang jelas dan comprehensif mengenai sistem pencukaian yang akan digunakan selepas GST dibuang.

Adakah GST akan menjadi Kampung Buah Pala siri II?

Saya yakin jawapannya ialah - YA YA YA !!!

No comments:

Post a Comment